Jejak Malaysia Digital: Dari Lakaran Peta ke Animasi Negeri

Deskripsi Pengajaran

Pembelajaran ini memberi peluang kepada murid untuk meneroka geografi Malaysia melalui pendekatan pembelajaran digital yang menyeronokkan dan bermakna. Murid akan menghasilkan peta Malaysia secara digital menggunakan aplikasi Keynote, seterusnya mengembangkan hasil kerja tersebut kepada animasi interaktif yang memperkenalkan negeri-negeri di Malaysia.

Subjek Geografi

Tahap Menengah Rendah / Tingkatan 1

Topik

  1. Melakar peta Malaysia yang lengkap dengan ciri-ciri peta.
  2. Melabel peta Malaysia dengan lengkap

Objektif Pembelajaran

Pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat:

  1. Melakar sebuah peta Malaysia dengan betul dengan menggunakan keynote.
  2. Melabel serta  menambah animasi untuk memperkenalkan negeri yang terdapat Malaysia

Engage (Penglibatan)

Murid menganalisis peta Malaysia yang dipaparkan secara digital melalui aplikasi peta interaktif bagi membina pengetahuan sedia ada tentang kedudukan, sempadan dan taburan negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia. Murid seterusnya terlibat dalam sesi soal jawab bagi merangsang pemikiran kritis dan menghubungkaitkan pengetahuan geografi dengan pengalaman harian.

 

Boleh menggunakan aplikasi maps.
Peta Malaysia

Explore (Penerokaan)

  1. Murid meneliti dan membuat pemerhatian terhadap peta yang dipaparkan melalui aplikasi maps
  2. Murid menonton video tutorial yang disediakan oleh guru berkaitan teknik melukis peta Malaysia menggunakan kaedah tracing melalui aplikasi Keynote pada peranti.
  3. Murid meneroka fungsi-fungsi asas aplikasi Keynote yang digunakan dalam proses penghasilan peta digital.  

 


Explain (Penerangan)

  1. Murid melaksanakan aktiviti melukis peta Malaysia secara digital berdasarkan panduan yang diberikan.
  2. Murid merakam tangkapan skrin (screenshot) hasil kerja yang telah disiapkan dan memasukkannya ke dalam buku kerja (workbook) di aplikasi Pages sebagai eviden pembelajaran.
  3. Murid menerangkan proses penghasilan peta yang telah dilukis dengan tepat menggunakan memoji 

Elaborate (Pengembangan)

  1. Murid menghasilkan animasi kreatif menggunakan aplikasi digital keynote bagi memperkenalkan negeri-negeri di Malaysia dengan tepat dari aspek kedudukan, dan nama negeri 
  2. Murid mengintegrasikan elemen multimedia seperti teks, audio dan animasi.
  3. Murid melaksanakan rakaman skrin (screen recording) bagi mempersembahkan proses penghasilan dan penerangan memperkenalkan negeri Malaysia yang telah dibangunkan.
  4. Murid meletakkan rakaman skrin dalam Latihan Peta Malaysia di Pages

 

Evaluate (Penilaian)

  1. Murid melaksanakan rakaman skrin (screen recording) bagi mempersembahkan proses penghasilan dan penerangan peta Malaysia yang telah dibangunkan.
  2. Murid memuat naik rakaman tersebut ke dalam aplikasi Pages sebagai portfolio digital untuk tujuan pentaksiran dan refleksi pembelajaran.
  3. Guru menilai tahap penguasaan murid berdasarkan ketepatan peta, pengenalpastian negeri, kreativiti persembahan dan keupayaan menjelaskan hasil kerja yang dihasilkan.

 

Attachments

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.