Pelayaran British ke Tanah Melayu

Murid dikehendaki membentuk kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan sebuah negeri yang berbeza untuk dikaji.

Berdasarkan negeri yang diberikan, murid perlu mengumpul dan menyampaikan maklumat berkaitan:

Kaedah perluasan kuasa British di negeri tersebut.

Sistem pentadbiran yang dijalankan semasa pemerintahan British.

Maklumat lain yang berkaitan dan relevan.

Setiap kumpulan perlu menghasilkan sebuah video interaktif menggunakan aplikasi Keynote. Video yang dihasilkan mestilah mengaplikasikan pelbagai ciri yang terdapat dalam Keynote seperti hyperlink, transition, animation, audio, video dan ciri-ciri interaktif yang lain.

Selain itu, murid digalakkan untuk mengimport muzik atau kesan bunyi daripada GarageBand bagi menjadikan persembahan lebih kreatif, menarik dan berkesan.

Penilaian akan dibuat berdasarkan ketepatan fakta sejarah, kreativiti penyampaian, penggunaan ciri interaktif serta kerjasama dalam kumpulan.


0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.