SAINS TAHUN 4: MENGENALI SIFAT BAHAN SERAP AIR DAN KALIS AIR

Dalam aktiviti ini, murid tahun 4 akan menyiapkan modul bertajuk sifat bahan iaitu serap air dan kalis air secara sendiri. Aktiviti ini juga sesuai dilakukan oleh Guru Sains untuk melakukan sesi ulangkaji (recap) terhadap murid supaya memudahkan mereka untuk mengimbas kembali kandungan yang dipelajari dalam mata pelajaran Sains Tahun 4.

Modul ini mengabungkan beberapa native aplikasi dalam apple seperti animasi, recording audio, drawing, hands-on eksperimen, kamera, drag and drop dalam membantu murid memahami sifat bahan dengan lebih mendalam.

Maklumat Pelajaran

Mata pelajaran: Sains

Tahun: Tahun 4

Tema: Sains Bahan

Tajuk: Sifat Bahan (serap air dan kalis air)

Unit Utama: Unit 8-Sifat Bahan

Tempoh Masa: 60 minit

Aplikasi: Pages, Keynote


Penjajaran DSKP

Standard Kandungan:

8.2 Sifat Bahan

Standard Pembelajaran:

8.2.4 Menjelaskan pemerhatian tentang sifat bahan melalui sifat bahan melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif.


Objektif Pembelajaran

Pada akhir aktiviti, murid dapat:

Murid boleh menjelaskan sifat bahan dengan menggunakan sekurang-kurangnya satu bahan-bahan uji kaji yang dibuat.


Bahan dan Persediaan

Pages, Keynote

Cara Penggunaan Bahan

Bahan ini merangkumi empat fasa iaitu mengenali, meneroka, menilai dan refleksi. Guru boleh memainkan peranan sebagai pembimbing dalam membimbing murid menjalankan modul ataupun memberikan murid menyiapkan modul secara kendiri.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada para guru dan murid. Terima kasih.

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.