RIMBA - AKRONIM MUDAH BAGI MENGENAL KUMPULAN HAIWAN VERTEBRTA

RIMBA: Misi Pengelasan Haiwan Vertebrata Menggunakan Apple Freeform

JENIS 1: PERKONGSIAN AKTIVITI & BAHAN PEMBELAJARAN

Aktiviti digital menggunakan Apple Keynote dan iMovie bagiakronim RIMBA untuk membantu murid mengenal pasti, mengelaskan dan mengingat lima kumpulan haiwan vertebrata secara visual dan interaktif.

1. Maklumat Aktiviti

  • Peringkat Sekolah: Sekolah Rendah Malaysia
  • Mata Pelajaran: Sains
  • Tahun: Tahun 4
  • Topik / Unit: Haiwan – Pengelasan Haiwan Vertebrata
  • Standard Pembelajaran: Mengelaskan haiwan vertebrata berdasarkan lima kumpulan, iaitu reptilia, ikan, mamalia, burung dan amfibia.
  • Tempoh Aktiviti: 30–40 minit
  • Peranti Apple: iPad
  • Aplikasi Digunakan: Apple Keynote, iMovie
  • Aplikasi Sokongan: Video animasi RIMBA Akronim Vertebrata

2. Objektif Pembelajaran

Pada akhir aktiviti, murid dapat:

  1. Menyatakan lima kumpulan haiwan vertebrata dengan betul.
  2. Mengenalpasti sekurang-kurangnya 8 daripada 10 gambar haiwan mengikut kumpulan vertebrata yang tepat.
  3. Menggunakan akronim RIMBA sebagai teknik mengingat lima kumpulan haiwan vertebrata.

3. Penerangan Aktiviti Pembelajaran

Aktiviti RIMBA merupakan satu pendekatan pembelajaran digital yang mengintegrasikan aplikasi Apple Keynote dan Imovie bagi membantu murid memahami konsep pengelasan haiwan vertebrata.

Murid diperkenalkan dengan akronim RIMBA melalui video animasi ringkas yang memperkenalkan lima kumpulan haiwan vertebrata:

  • R – Reptilia
  • I – Ikan
  • M – Mamalia
  • B – Burung
  • A – Amfibia

4. Langkah Pelaksanaan Aktiviti

A. Teroka (Explore)

  1. Guru memaparkan video animasi RIMBA Akronim Vertebrata.
  2. Murid menyenaraikan kumpulan haiwan vertebrata dan menyebut dengan sebutan yang betul.
  3. Murid menamakan contoh haiwan yang disediakan dalam video dengan betul.

B. Cipta (Create)

  1. Murid membuka pautan video.
  2. Murid meneliti lima kategori haiwan vertebrata yang disediakan.
  3. Murid mengenal pasti gambar haiwan yang diberikan.
  4. Murid menyemak hasil dapatan bersama rakan.

C. Kongsi & Refleksi (Share & Reflect)

  1. Murid berkongsi maklum balas mereka bagi mengingat nama kumpulan vertebrata dengan dan tanpa akronim RIMBA.
  2. Murid menyebut semula akronim RIMBA sebagai rumusan pembelajaran.

5. Bahan Pembelajaran

  • Video animasi RIMBA Akronim Vertebrata.
  • Gambar haiwan daripada lima kumpulan vertebrata.
  • Panduan ringkas guru.

Pautan Bahan: Masukkan pautan perkongsian apabila diterbitkan.

6. Hasil Pembelajaran & Pentaksiran

Hasil pembelajaran yang dijangka:

  • Murid dapat mengenal pasti lima kumpulan haiwan vertebrata.
  • Murid dapat menjelaskan pilihan pengelasan berdasarkan pengetahuan yang dipelajari.
  • Murid dapat mengingat lima kumpulan vertebrata menggunakan akronim RIMBA.

Kaedah pentaksiran:

  1. Pemerhatian terhadap penglibatan murid semasa aktiviti.
  2. Soal jawab lisan berkaitan ciri haiwan.
  3. Semakan hasil aktiviti digital murid.

7. Refleksi & Cadangan Penyesuaian

Aktiviti ini menggalakkan pembelajaran secara aktif melalui penggunaan teknologi digital dan pendekatan visual. Akronim RIMBA berfungsi sebagai strategi mnemonik yang membantu murid mengingat lima kumpulan vertebrata dengan lebih mudah.

Guru boleh mengubah suai aktiviti mengikut tahap penguasaan murid dengan menyediakan gambar yang lebih jelas, bilangan haiwan yang berbeza dan petunjuk visual.

Bagi murid yang memerlukan sokongan pembelajaran, guru boleh menyediakan arahan yang ringkas, gambar bersaiz besar, warna berbeza bagi setiap kategori serta aktiviti pengelasan secara berpasangan.

Giliran Anda Pula!

Jom cuba hasilkan aktiviti pembelajaran digital menggunakan Apple Keynote dan iMovie!

Gunakan kreativiti anda untuk membina bahan pembelajaran yang lebih menarik, interaktif dan bermakna. Ubah suai aktiviti RIMBA mengikut mata pelajaran dan tahap murid anda.Teknologi bukan sekadar alat untuk menyampaikan maklumat, tetapi medium untuk membolehkan murid meneroka, mencipta dan membina kefahaman melalui pengalaman pembelajaran.

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.