Saya ingin berkongsi inovasi pembangunan bahan bantu mengajar (BBM) digital bagi mata pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 4, Unit 10: Pengurusan Perbelanjaan.
Pembangunan bahan ini mengintegrasikan ekosistem Apple dalam mewujudkan pengalaman pembelajaran yang interaktif, bermakna dan berpusatkan murid. Tiga bahan utama telah dibangunkan bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran:
3. Simulasi Pengurusan Perbelanjaan Bulanan – Apple Numbers
Simulasi ini memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan pengetahuan melalui situasi kehidupan sebenar. Murid menjalankan aktiviti merancang dan mengurus perbelanjaan bulanan berdasarkan peruntukan kewangan yang diberikan.
Melalui aktiviti simulasi ini, murid perlu membuat keputusan kewangan secara rasional, membezakan antara keperluan dengan kehendak, mengutamakan perbelanjaan penting serta mengurus baki wang dengan bijak.
Aktiviti ini memberi penekanan kepada amalan nilai moral dalam kehidupan seharian, selaras dengan aspirasi Pembelajaran dan Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) Tahap Penguasaan 6 (TP6), iaitu murid berupaya mengamalkan nilai moral secara tekal dalam kehidupan seharian.
Impak Pembelajaran
Gabungan ketiga-tiga BBM ini bertujuan untuk:
- Meningkatkan penglibatan aktif dan motivasi murid.
- Menggalakkan pembelajaran berasaskan pengalaman dan situasi kehidupan sebenar.
- Membina kemahiran berfikir secara kritis serta membuat keputusan yang rasional.
- Membimbing murid menghayati dan mengamalkan nilai moral dalam pengurusan kewangan.
Diharapkan inovasi BBM digital ini dapat menjadikan pembelajaran Pendidikan Moral lebih menarik, autentik dan relevan dengan kehidupan murid, di samping memperkukuh integrasi teknologi dalam pedagogi abad ke-21.
Aliran pembelajaran Unit 10
- TEROKA
Keynote
Set induksi – menarik minat dan mencetuskan pemikiran murid.
- FAHAM
Keynote
Peta buih berganda – mengukuhkan pemahaman dan kemahiran berfikir.
- AMAL
Numbers
Simulasi perbelanjaan – mengaplikasikan nilai moral dalam situasi kehidupan sebenar.
TAHU → FAHAM → AMAL

Attach up to 5 files which will be available for other members to download.