Bina Video Akronim RIMBA Interaktif dengan Gabungan Keynote dan iMovie

Cara Menghasilkan Video Interaktif Bagi Akronim RIMBA

Tutorial menghasilkan papan pembelajaran interaktif menggunakan Apple Keynote dan iMovie untuk membantu murid mengelaskan haiwan vertebrata melalui gambar, kategori dan akronim RIMBA.

1. Apakah yang Akan Dihasilkan?

Satu video pembelajaran digital menggunakan Apple Keynote dan iMovie yang membolehkan murid mengenalpasti lima kumpulan vertebrata.

Papan aktiviti menggunakan akronim RIMBA sebagai panduan visual:

AkronimKumpulan HaiwanRReptiliaIIkanMMamaliaBBurungAAmfibia

Bahan ini boleh digunakan sebagai aktiviti individu, berpasangan atau berkumpulan dalam PdP Sains Tahun 4.

2. Peralatan & Keperluan

  • Peringkat Sekolah: Sekolah Rendah Malaysia
  • Sasaran Murid: Tahun 4
  • Peranti: iPad
  • Aplikasi: Apple Keynote dan iMovie
  • Bahan Tambahan: Gambar haiwan, teks, ikon, video animasi RIMBA, rakaman suara, lagu.
  • Tahap Kemahiran: Asas
  • Anggaran Masa Penghasilan: 30–60 minit

3. Panduan Langkah demi Langkah

Langkah 1: Rancang Aktiviti Pembelajaran

  • Tentukan objektif pembelajaran, iaitu mengenal pasti kumpulan haiwan vertebrata.
  • Kenal pasti lima kumpulan haiwan yang perlu dipelajari.
  • Tentukan bilangan gambar haiwan yang akan digunakan.

Langkah 2: Sediakan Bahan Pembelajaran

Kumpulkan bahan berikut:

  • Gambar haiwan seperti ular, ikan, kucing, burung helang dan katak.
  • Nama lima kumpulan vertebrata.
  • Akronim RIMBA.
  • Tajuk aktiviti dan arahan kepada murid.

Pastikan gambar yang dipilih jelas dan sesuai dengan tahap murid Tahun 4.

Langkah 3: Hasilkan Bahan Menggunakan Apple Freeform

  1. Buka aplikasi Apple Keynote.
  2. Pilih New Slide.
  3. Masukkan tajuk aktiviti: RIMBA – Akronim Kumpulan Haiwan Vertebrata
  4. Gunakan fungsi teks untuk menghasilkan lima kategori.
  5. Susun kategori RIMBA dalam ruang yang berasingan.
  6. Masukkan gambar dan nama kumpulan haiwan menggunakan fungsi tambah gambar dan teks.
  7. Pilih tetapan "magic move" untuk tetapan transisi antara slide.
  8. Pilih "Builh order" dan pilih "automatically".
  9. Eksport kepada tetapa "movie".

Langkah 4: Tambah Elemen Kreatif atau Interaktif

  • Buka aplikasi Apple iMOvie.
  • Muat naik bahan daripada fail yang dihasilkan tadi.
  • Masukkan lagu yang sesuai.
  • Rakam suara latar dengan mengetik butang mikrofon.
  • Simpan bahan yang dihasilkan dengan format movie.

Langkah 5: Uji dan Tambah Baik

  • Semak ketepatan gambar dan kategori haiwan.
  • Pastikan teks mudah dibaca.
  • Uji pergerakan gambar.
  • Pastikan murid boleh memahami arahan aktiviti.
  • Buat penambahbaikan berdasarkan tahap kebolehan murid.

Langkah 6: Eksport dan Kongsi

  • Simpan video dalam iMovie.
  • Gunakan fungsi perkongsian untuk memberikan akses kepada murid.
  • Semak tetapan kebenaran perkongsian supaya murid boleh berinteraksi dengan bahan.
  • Guru juga boleh berkongsi paparan atau eksport bahan sebagai PDF untuk rujukan.

4. Bahan untuk Dimuat Turun

  • Templat Permulaan: Slide Keynote.
  • Contoh Bahan Siap: RIMBA Akronim Vertebrata.
  • Bahan Sokongan: Video animasi RIMBA dan rakaman suara latar.

5. Tip untuk Guru

  1. Gunakan gambar haiwan yang jelas dan berkualiti tinggi.
  2. Elakkan meletakkan terlalu banyak maklumat dalam satu slide.
  3. Gunakan warna yang konsisten bagi setiap kumpulan.

6. Cadangan Penggunaan dalam Bilik Darjah

Aktiviti ini boleh dilaksanakan melalui tiga pendekatan:

  • Individu: Murid dibimbing secara bersemuka bersama guru dengan sebutan dan mengenal kelima-lima kumpulan.
  • Berpasangan: Murid berbincang dan menyemak satu sama lain sama ada dari segi sebutan dan pengenalan.
  • Berkumpulan: Murid bekerjasama membina bahan akronim bagi konsep Sains yang lain pula

Aktiviti juga boleh disesuaikan untuk pembelajaran berbeza tahap dengan menyediakan gambar dan petunjuk visual mengikut keupayaan murid.

7. Giliran Anda Pula!

Jom cuba hasilkan aktiviti pembelajaran digital menggunakan Apple Freeform!

Gunakan kreativiti anda untuk membina bahan pembelajaran yang lebih menarik, interaktif dan bermakna. Ubah suai aktiviti RIMBA mengikut mata pelajaran dan tahap murid anda.

Teknologi bukan sekadar alat untuk menyampaikan maklumat, tetapi medium untuk membolehkan murid meneroka, mencipta dan membina kefahaman melalui pengalaman pembelajaran.

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.