Apa OYEN buat hari ini?

Aktiviti pembelajaran menggunakan animasi Keynote untuk menerangkan jarak mencancang dan mengufuk. Model animasi 3D daripada Sketchfab dimasukkan ke dalam Keynote bagi menjadikan pembelajaran lebih interaktif, menarik dan mudah difahami.

1. Maklumat Aktiviti

  • Peringkat Sekolah: Sekolah Rendah Malaysia
  • Mata Pelajaran: Matematik
  • Tahun / Tingkatan: Tahun 5
  • Topik / Unit: Koordinat, Nisbah dan Kadaran
  • Standard Pembelajaran: 7.1.1 Menentukan jarak mengufuk dan jarak mencancang antara dua koordinat
  • Tempoh Aktiviti: 60 minit
  • Peranti Apple: iPad / Mac
  • Aplikasi Digunakan: Keynote

2. Objektif Pembelajaran

Pada akhir aktiviti, murid dapat:

Menentukan jarak mengufuk dan jarak mencancang antara dua koordinat dengan betul

3. Penerangan Aktiviti Pembelajaran

Aktiviti pembelajaran ini bertajuk Koordinat: Jarak Mengufuk dan Mencancang yang menggunakan situasi Oyen mencari makanan. Melalui aktiviti ini, murid akan meneroka konsep koordinat dengan menentukan pergerakan Oyen berdasarkan jarak mengufuk dan mencancang untuk sampai ke lokasi makanan. Murid dapat memahami konsep pergerakan pada satah koordinat melalui situasi yang dekat dengan kehidupan seharian.

Penggunaan teknologi Apple melalui aplikasi Keynote menjadikan pembelajaran lebih kreatif dan interaktif dengan paparan visual, animasi serta pergerakan objek yang menarik. Murid dapat mengikuti perjalanan Oyen secara visual, menyelesaikan tugasan dan memahami konsep koordinat dengan lebih mudah. Pendekatan ini menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan meningkatkan penglibatan aktif murid.

4. Langkah Pelaksanaan Aktiviti

Teroka (Explore)

Murid diperkenalkan kepada tajuk Koordinat: Jarak Mengufuk dan Mencancang melalui situasi. Guru memaparkan satah koordinat menggunakan aplikasi Keynote dan menerangkan cara menentukan kedudukan serta pergerakan berdasarkan jarak mengufuk dan mencancang. Murid memerhati pergerakan untuk meneroka konsep koordinat dengan menjawab soalan rangsangan yang diberikan.

 

Cipta (Create)

Murid menggunakan aplikasi Keynote untuk menjalankan aktiviti interaktif membantu Oyen mencari objek yang lain. Murid menggerakkan objek Oyen pada satah koordinat berdasarkan arahan yang diberikan serta menentukan jarak mengufuk dan mencancang yang perlu dilalui. Penggunaan animasi, grafik dan elemen visual dalam Keynote menjadikan aktiviti lebih menarik serta membantu murid mengaplikasikan konsep yang dipelajari secara kreatif.

 


Kongsi & Refleksi (Share & Reflect)

Murid berkongsi hasil aktiviti dan menunjukkan laluan yang dipilih oleh Oyen. Murid menerangkan cara mereka menentukan jarak mengufuk dan mencancang berdasarkan koordinat yang diberikan. Guru membimbing murid membuat refleksi tentang perkara yang telah dipelajari, kesukaran yang dihadapi dan kefahaman mereka terhadap konsep koordinat. Aktiviti ini menggalakkan komunikasi, keyakinan diri dan pembelajaran secara bermakna.

 

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.