Fotosintesis Tahun 4

Penerangan Ringkas

Murid meneroka konsep fotosintesis melalui menonton video animasi Keynote yang disunting dengan rakaman suara dalam iMovie.

Maklumat Aktiviti

Peringkat Sekolah: Sekolah Rendah Malaysia

Mata Pelajaran: Sains

Tahun : Tahun 4

Topik / Unit: 4.2 Fotosintesis – Maksud, Keperluan dan Hasil Fotosintesis

Standard Kandungan: 4.2 Fotosintesis

Standard Pembelajaran:

  • 4.2.1 Menyatakan maksud fotosintesis.
  • 4.2.2 Menyenaraikan keperluan tumbuhan semasa proses fotosintesis.
  • 4.2.3 Menyatakan hasil fotosintesis melalui pemerhatian menerusi pelbagai media.

Tempoh Aktiviti: 60 minit

Peranti Apple: iPad

Aplikasi Digunakan: Keynote dan iMovie

2. Objektif Pembelajaran

Pada akhir aktiviti, murid dapat:

  1. Menyatakan maksud fotosintesis dengan betul berdasarkan video pembelajaran.
  2. Menyenaraikan empat keperluan fotosintesis, iaitu cahaya matahari, air, karbon dioksida dan klorofil.
  3. Mengenal pasti dua hasil fotosintesis, iaitu glukosa dan oksigen.

3. Penerangan Aktiviti

Guru menghasilkan video animasi fotosintesis menggunakan Keynote dan menyunting video serta rakaman suara melalui iMovie. Video ini membantu murid memahami maksud, keperluan dan hasil fotosintesis secara visual dan menarik.

4. Langkah Pelaksanaan

Teroka (Explore) – 15 minit | Keynote

Murid menonton video animasi pengenalan fotosintesis dan menjawab soalan rangsangan tentang cara tumbuhan menghasilkan makanan sendiri.

Cipta (Create) – 30 minit | Keynote & iMovie

Murid menonton video pembelajaran yang dihasilkan menggunakan Keynote dan disunting dalam iMovie.

Video merangkumi:

  1. Maksud fotosintesis.
  2. Empat keperluan fotosintesis.
  3. Dua hasil fotosintesis.

Murid mengenal pasti maklumat penting dan menjawab soalan berdasarkan video.

Kongsi & Refleksi (Share & Reflect) – 15 minit

Murid berkongsi pemahaman secara lisan tentang proses fotosintesis. Guru membimbing murid membuat rumusan berdasarkan video yang ditonton.

5. Bahan Pembelajaran

  • Keynote: Video animasi fotosintesis.
  • iMovie: Suntingan video dan rakaman suara.
  • iPad: Peranti untuk menghasilkan dan menayangkan video.

6. Hasil Pembelajaran & Pentaksiran

Murid dapat memahami maksud, keperluan dan hasil fotosintesis melalui video animasi.

Pentaksiran dijalankan melalui pemerhatian dan soal jawab secara lisan.

7. Refleksi & Cadangan Penyesuaian

Penggunaan Keynote dan iMovie membantu menjadikan pembelajaran fotosintesis lebih menarik melalui gabungan animasi, visual dan audio.

Video ini boleh digunakan semula sebagai bahan ulang kaji atau pembelajaran kendiri murid.

 

 


0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.