Penerangan Ringkas
Murid meneroka nilai kejujuran melalui buku cerita digital Bangau dengan Ketam menggunakan Pages dan menghasilkan peta minda interaktif menggunakan Freeform.
1. Maklumat Aktiviti
- Peringkat Sekolah : Sekolah Rendah
- Mata Pelajaran : Pendidikan Moral
- Tahun : Tahun 2
- Topik : Unit 10 : Jujur Selalu
- Tempoh Aktiviti : 60 minit
- Peranti Apple : iPad
- Aplikasi : Pages & Freeform
2. Objektif Pembelajaran
Pada akhir aktiviti, murid dapat:
-Mengenal pasti sekurang-kurangnya dua perlakuan jujur dan tidak jujur dalam cerita Bangau dengan Ketam
-Menjelaskan sekurang-kurangnya dua pengajaran daripada cerita tersebut.
3. Penerangan Aktiviti Pembelajaran
Aktiviti ini mengintegrasikan penceritaan digital dan pembelajaran berasaskan nilai bagi membantu murid memahami konsep kejujuran secara kreatif dan bermakna.
Murid membaca buku cerita digital Bangau dengan Ketam yang dihasilkan menggunakan aplikasi Pages. Melalui pembacaan, murid meneroka watak, peristiwa dan perlakuan tidak jujur serta kesannya terhadap watak dalam cerita.
Seterusnya, murid menggunakan aplikasi Freeform untuk menghasilkan peta minda digital yang merangkumi watak utama, perlakuan watak, akibat perbuatan tidak jujur dan pengajaran yang diperoleh.
Penggunaan teknologi Apple membolehkan murid menggabungkan teks, lukisan, simbol dan elemen visual untuk menyampaikan pemahaman mereka tentang nilai kejujuran.
4. Langkah Pelaksanaan Aktiviti
Teroka (Explore)
15 minit | Pages
Guru memperkenalkan Unit 10: Jujur Selalu melalui perbincangan ringkas tentang maksud kejujuran.
Murid membaca buku cerita digital Bangau dengan Ketam menggunakan aplikasi Pages pada iPad.
Guru membimbing murid mengenal pasti watak, perlakuan tidak jujur yang dilakukan oleh bangau serta kesan perbuatannya terhadap haiwan lain.
Murid menjawab soalan rangsangan seperti "Adakah bangau bersikap jujur?" dan "Mengapakah kita perlu sentiasa bercakap benar?"
Cipta (Create)
30 minit | Freeform
Murid membuka aplikasi Freeform dan menghasilkan peta minda bertajuk Pengajaran daripada Kisah Bangau dengan Ketam.
Peta minda mengandungi empat cabang utama:
- Watak dalam cerita
- Sikap watak dalam cerita
- Pengajaran
- Nilai Murni
Murid menggunakan kotak teks, bentuk, warna, lukisan serta simbol untuk menyusun maklumat secara kreatif.
Aktiviti boleh dilaksanakan secara individu atau berpasangan mengikut tahap penguasaan murid.
Kongsi & Refleksi (Share & Reflect)
15 minit | Freeform
Murid berkongsi hasil peta minda dengan rakan sekelas dan menerangkan pengajaran yang diperoleh daripada cerita.
Guru membimbing sesi refleksi melalui soalan seperti "Apakah yang akan berlaku jika kita tidak jujur?" dan "Bagaimanakah kamu boleh mengamalkan kejujuran di sekolah?"
Murid menyatakan satu tindakan jujur yang akan diamalkan dalam kehidupan seharian.
5. Bahan Pembelajaran
- Buku cerita digital - Pages
- Freeform - peta minda
6. Hasil Pembelajaran & Pentaksiran
Hasil pembelajaran yang dijangka ialah murid dapat memahami kepentingan kejujuran melalui cerita dan menghubungkaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian.
Hasil kerja murid: Satu peta minda digital menggunakan aplikasi Freeform yang memaparkan pemahaman murid tentang watak, perlakuan, akibat dan pengajaran daripada cerita.
7. Refleksi & Cadangan Penyesuaian
Aktiviti ini berpotensi meningkatkan kefahaman murid tentang nilai kejujuran melalui gabungan penceritaan digital dan penghasilan peta minda visual. Penggunaan Pages membantu menjadikan pembacaan lebih menarik, manakala Freeform memberi peluang kepada murid menyusun idea dan menunjukkan pemahaman secara kreatif.
Bagi murid yang memerlukan bimbingan, guru boleh menyediakan templat peta minda dengan cabang dan kata kunci yang telah ditetapkan. Murid yang lebih mahir pula boleh menambahkan ilustrasi, contoh situasi harian dan cadangan tindakan jujur.
Aktiviti ini juga boleh disesuaikan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu melalui kemahiran membaca dan memahami cerita, serta Pendidikan Moral bagi unit nilai murni yang lain.
Attach up to 5 files which will be available for other members to download.