Penerangan Ringkas
Murid menjalankan aktiviti sumbang saran menggunakan Freeform untuk berkongsi pendapat tentang cara tumbuhan mendapatkan makanan sebelum mempelajari fotosintesis.
1. Maklumat Aktiviti
Peringkat Sekolah: Sekolah Rendah Malaysia
Mata Pelajaran: Sains
Tahun: 4
Topik: 4.2 Fotosintesis
Standard Pembelajaran: 4.2.1
Tempoh Aktiviti: 10 minit
Peranti Apple: iPad
Â
Aplikasi Digunakan: Freeform
2. Objektif Pembelajaran
Pada akhir aktiviti, murid dapat:
Berkongsi pendapat tentang cara tumbuhan mendapatkan makanan.
Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan konsep fotosintesis.
Menyatakan maksud fotosintesis dengan bimbingan guru.
3. Penerangan Aktiviti Pembelajaran
Aktiviti set induksi ini menggunakan aplikasi Freeform untuk menggalakkan murid berkongsi idea secara kreatif.
Guru memaparkan gambar tumbuhan dan mengemukakan soalan:
“Bagaimanakah tumbuhan mendapatkan makanan?”
Murid mencatat pendapat melalui teks, nota digital atau lakaran pada papan Freeform. Guru mengaitkan idea murid dengan tajuk fotosintesis.
4. Langkah Pelaksanaan Aktiviti
Teroka (Explore) – 3 minit
Guru memaparkan gambar tumbuhan dalam Freeform dan mengemukakan soalan rangsangan tentang cara tumbuhan mendapatkan makanan.
Cipta (Create) – 5 minit
Murid menjalankan aktiviti brainstorming dengan menulis atau melukis idea menggunakan Freeform.
Kongsi & Refleksi (Share & Reflect) – 2 minit
Murid berkongsi pendapat. Guru membincangkan jawapan dan memperkenalkan konsep fotosintesis.
5. Bahan Pembelajaran
Freeform: Papan sumbang saran digital.
iPad: Peranti untuk mencatat dan berkongsi idea.
Imej tumbuhan: Bahan rangsangan.
6. Hasil Pembelajaran & Pentaksiran
Murid dapat menyampaikan idea tentang cara tumbuhan mendapatkan makanan.
Pentaksiran dilaksanakan melalui pemerhatian, soal jawab dan hasil sumbang saran dalam Freeform.
7. Refleksi & Cadangan Penyesuaian
Penggunaan Freeform dapat menggalakkan penglibatan aktif, kreativiti dan pemikiran kritis murid.
Aktiviti ini boleh disesuaikan untuk topik Sains lain melalui penggunaan gambar dan soalan rangsangan yang berbeza.
 Â
Â
Attach up to 5 files which will be available for other members to download.