Fashion Detective mengintegrasikan Keynote untuk membantu murid menganalisis elemen reka bentuk fesyen melalui kuiz interaktif.
Peringkat Sekolah: Sekolah Menengah Malaysia
Mata Pelajaran: Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Tingkatan: Tingkatan 1
Unit: Bab 5 – Aplikasi Teknologi (5.2 Reka Bentuk Fesyen)
Standard Kandungan: 5.2 Reka Bentuk Fesyen
Peranti Apple: iPad
Aplikasi Digunakan: Keynote
Objektif Pembelajaran
Pada akhir aktiviti, murid dapat:
Memberikan sekurang-kurangnya dua justifikasi yang relevan terhadap pemilihan elemen reka bentuk fesyen berdasarkan gambar pakaian yang diberikan.
Fashion Detective merupakan bahan bantu mengajar digital interaktif yang dibangunkan menggunakan ekosistem Apple untuk mewujudkan pengalaman pembelajaran yang kreatif, kolaboratif dan berpusatkan murid.
Guru memperkenalkan empat reka bentuk badan melalui slaid interaktif yang mengandungi gambar, animasi dan kuiz.
Murid menyatakan elemen reka bentuk fesyen yang telah dipelajari serta menjelaskan satu kesannya terhadap penampilan pengguna.
Guru memperkenalkan tajuk Reka Bentuk Badan dalam Reka Bentuk Fesyen melalui persembahan interaktif menggunakan aplikasi Apple Keynote.
Seterusnya, murid menyertai kuiz interaktif Fashion Detective yang mengandungi soalan bergambar, animasi dan maklum balas jawapan.
Melalui aktiviti PAK21 Showdown, murid berbincang dalam kumpulan sebelum menunjukkan jawapan secara serentak.
Aktiviti ini merangsang minat, mengaktifkan pengetahuan sedia ada dan menggalakkan pemikiran kritis.
Penggunaan gabungan aplikasi Apple Keynote, Freeform dan Pages berpotensi menjadikan pembelajaran lebih interaktif, visual dan berpusatkan murid.
Melalui konsep Fashion Detective, murid berpeluang meneroka elemen reka bentuk fesyen secara aktif, menjalankan analisis, menghasilkan bahan digital dan berkongsi dapatan bersama rakan.
Pendekatan ini turut menyokong pengintegrasian kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21), khususnya komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan pemikiran kritis.
Keberkesanan aktiviti boleh dinilai melalui pemerhatian guru, respons kuiz dan hasil kerja digital murid selepas pelaksanaan.
Attach up to 5 files which will be available for other members to download.