1. Maklumat Aktiviti
- Peringkat Sekolah: Sekolah Menengah Malaysia
- Mata Pelajaran: Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
- Tahun / Tingkatan: Tingkatan 1
- Topik / Unit: Lakaran
- Standard Pembelajaran: 4.1.2 Mengenal pasti teknik lakaran – Lakaran Oblik
- Tempoh Aktiviti: 1 jam
- Peranti Apple: iPad dan Apple Pencil
- Aplikasi Digunakan: Keynote dan Freeform
2. Objektif Pembelajaran
Pada akhir aktiviti, murid dapat:
- Menyatakan maksud lakaran oblik dengan betul.
- Mengenal pasti ciri-ciri dan teknik menghasilkan lakaran oblik.
- Membezakan lakaran oblik dengan jenis lakaran lain berdasarkan ciri visual.
- Menghasilkan sekurang-kurangnya satu lakaran oblik objek mudah menggunakan Apple Pencil melalui aplikasi Keynote atau Freeform.
- Membentangkan hasil lakaran dan memberikan penerangan ringkas tentang teknik yang digunakan.
3. Penerangan Aktiviti Pembelajaran
Murid akan diperkenalkan kepada konsep lakaran oblik, ciri-ciri paksi oblik serta contoh objek yang boleh dilakarkan menggunakan teknik ini. Seterusnya, murid menghasilkan lakaran objek mudah seperti kotak hadiah, meja, almari atau bangunan menggunakan iPad dan Apple Pencil.
4. Langkah Pelaksanaan Aktiviti
A. Teroka (Explore) – 15 minit
- Guru memaparkan gambar dan contoh lakaran oblik menggunakan Keynote.
- Murid memerhatikan contoh lakaran oblik dan mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada objek.
- Murid menjalankan aktiviti soal jawab dengan guru untuk mengukuhkan pemahaman tentang teknik lakaran oblik.
B. Cipta (Create) – 30 minit
- Guru menghasilkan lakaran oblik menggunakan Apple Pencil dengan memberi perhatian kepada bentuk hadapan, garisan paksi surut dan garisan menegak.
- Guru hasil lakaran ke dalam aplikasi Keynote.
C. Kongsi & Refleksi (Share & Reflect) – 15 minit
- Beberapa orang murid dipilih untuk menerangkan teknik yang digunakan dalam menghasilkan lakaran oblik.
- Guru memberikan maklum balas terhadap ketepatan bentuk, garisan dan ciri lakaran.
- Murid membuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas guru dan rakan.
5. Bahan Pembelajaran
- Buku aktiviti / lembaran kerja: Lembaran latihan mengenal pasti ciri-ciri lakaran oblik dan aktiviti melengkapkan lakaran objek.
- Pembentangan interaktif: Slaid Keynote yang mengandungi nota, gambar contoh lakaran oblik dan kuiz ringkas.
- Model 3D / bahan AR: Contoh objek berbentuk kuboid atau objek harian sebagai rujukan visual untuk membantu murid memahami bentuk tiga dimensi.
- Panduan guru / bahan sokongan: Panduan langkah demi langkah menghasilkan lakaran oblik menggunakan Apple Pencil dan aplikasi Freeform.
Pautan Bahan:
6. Hasil Pembelajaran & Pentaksiran
Hasil pembelajaran yang dijangka:
- Murid dapat mengenal pasti dan menerangkan ciri-ciri lakaran oblik.
- Murid dapat menghasilkan sekurang-kurangnya satu lakaran oblik objek mudah secara digital.
- Murid dapat menggunakan fungsi asas Freeform dan Keynote untuk menghasilkan serta mempersembahkan hasil kerja.
Kaedah pentaksiran:
- Pemerhatian: Guru memerhatikan penglibatan murid, penggunaan Apple Pencil dan aplikasi digital semasa aktiviti.
- Soal jawab: Guru menilai kefahaman murid tentang maksud dan ciri-ciri lakaran oblik.
- Pentaksiran hasil kerja: Guru menilai lakaran digital berdasarkan kriteria berikut:
- Ketepatan bentuk objek.
- Penggunaan garisan paksi dan garisan condong.
- Kejelasan dan kekemasan lakaran.
- Kreativiti dalam persembahan hasil kerja.
- Pembentangan: Murid menerangkan hasil lakaran dan teknik yang digunakan.
- Refleksi kendiri: Murid menilai tahap kefahaman dan kemahiran yang diperoleh sepanjang aktiviti.
Pentaksiran boleh dilaksanakan melalui kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara pemerhatian, lisan dan penilaian hasil kerja murid.
7. Refleksi & Cadangan Penyesuaian
Refleksi aktiviti:
Aktiviti ini juga menggalakkan pembelajaran berpusatkan murid, meningkatkan kemahiran visualisasi ruang serta membina keyakinan murid untuk berkongsi hasil kerja.
Cadangan penyesuaian:
- Pembelajaran berkumpulan: Murid bekerjasama menghasilkan satu projek lakaran digital dan membentangkan hasil secara berkumpulan.
Cadangan Visual:
- Imej muka hadapan: Ilustrasi lakaran oblik menggunakan iPad dan Apple Pencil.
- Tangkap layar: Contoh penggunaan Freeform untuk menghasilkan lakaran oblik.
- Contoh hasil kerja murid: Lakaran oblik meja, kotak hadiah atau almari.
- Video demonstrasi ringkas: Tutorial langkah demi langkah menghasilkan lakaran oblik menggunakan Apple Pencil.




Attach up to 5 files which will be available for other members to download.