1. Maklumat Aktiviti
- Peringkat Sekolah: Sekolah Menengah Malaysia
- Mata Pelajaran: Matematik
- Tahun / Tingkatan: Tingkatan 1
- Topik / Unit: Pengendalian Data – Perwakilan Data (Plot Batang-dan-Daun)
- Standard Pembelajaran: 12.1.3 Membina perwakilan data bagi data tak terkumpul dan menjustifikasikan kesesuaian suatu perwakilan data.
- Tempoh Aktiviti: 60 minit
- Peranti Apple: iPad
Aplikasi Digunakan: Keynote, Freeform dan Pages.
2. Objektif Pembelajaran
Pada akhir aktiviti, murid dapat:
- Mengenal pasti nilai batang dan daun serta membina plot batang-dan-daun dengan betul berdasarkan set data yang diberikan.
3. Penerangan Aktiviti Pembelajaran
Aktiviti pembelajaran digital yang membawa murid meneroka konsep plot batang-dan-daun melalui pendekatan pembelajaran.
Melalui aplikasi Keynote, murid meneroka konsep dan contoh plot batang-dan-daun melalui pembentangan visual dan interaktif.
Penggunaan teknologi Apple menjadikan pembelajaran lebih menarik, visual dan bermakna serta menggalakkan penglibatan aktif murid dalam membina pengetahuan sendiri.
4. Langkah Pelaksanaan Aktiviti
A. Teroka (Explore)
- Guru memperkenalkan tajuk plot batang-dan-daun melalui pembentangan interaktif menggunakan Keynote.
- Murid meneroka konsep batang dan daun serta memahami fungsi setiap bahagian dalam mewakilkan data.
- Murid meneliti set data markah ujian Matematik yang diberikan.
- Murid mengenal pasti digit puluh sebagai batang dan digit sa sebagai daun.
Murid melengkapkan lembaran kerja digital menggunakan Pages.
- Murid menghasilkan plot batang-dan-daun yang lengkap, tepat dan kemas.
C. Kongsi & Refleksi
- Murid menerangkan proses membina plot batang-dan-daun serta cara menentukan nilai batang dan daun.
- Murid menjawab soalan berkaitan nilai tertinggi, nilai terendah dan taburan data.
- Murid membuat refleksi tentang pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang aktiviti.
5. Bahan Pembelajaran
- Pembentangan interaktif menggunakan Keynote.
- Set data markah ujian Matematik.
- Templat plot batang-dan-daun.
- Panduan pelaksanaan aktiviti untuk guru.
Pautan Bahan:
Bahan boleh dibuka dan disunting menggunakan aplikasi Keynote pada iPad.
6. Hasil Pembelajaran & Pentaksiran
Hasil pembelajaran yang dijangka:
- Murid dapat membezakan nilai batang dan daun dengan betul.
- Murid dapat menyusun data mengikut tertib menaik.
- Murid dapat membina plot batang-dan-daun berdasarkan set data yang diberikan.
Kaedah pentaksiran:
- Pemerhatian: Menilai penglibatan dan kerjasama murid semasa aktiviti.
- Soal jawab: Menguji keupayaan murid mengenal pasti batang, daun dan mentafsir data.
- Refleksi: Murid menyatakan pengetahuan dan kemahiran baharu yang diperoleh.
7. Refleksi & Cadangan Penyesuaian
Aktiviti ini menjadikan pembelajaran Matematik lebih menarik melalui penggunaan teknologi digital Apple. Murid berpeluang meneroka, menyusun dan membina plot batang-dan-daun secara kreatif serta sistematik.
Aktiviti ini boleh disesuaikan mengikut tahap penguasaan murid. Murid yang memerlukan bimbingan boleh diberikan set data yang lebih kecil dan templat plot batang-dan-daun yang telah disediakan. Murid yang lebih menguasai pembelajaran pula boleh diberikan set data yang lebih mencabar untuk dianalisis dan ditafsirkan.
Guru lain boleh mengubah suai set data berdasarkan konteks pembelajaran masing-masing. Bahan digital ini juga boleh dikongsi dan digunakan semula sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran.
Cadangan Visual
- Tangkap layar slaid penerangan plot batang-dan-daun dalam Keynote.
- Tangkap layar aktiviti menyusun data dalam Freeform.
Video demonstrasi ringkas penggunaan aplikasi dalam aktiviti pembelajaran.
Attach up to 5 files which will be available for other members to download.