Jom Belajar Pecahan dengan Pizza! Menggunakan Apple Keynote

Jom Belajar Pecahan dengan Pizza! | Matematik Tahun 1 | Apple Keynote

Apa yang Saya Hasilkan

Aktiviti Matematik Tahun 1 menggunakan Keynote untuk mengenal pasti setengah, suku, dua perempat dan tiga suku melalui pizza, animasi serta situasi harian.

1. Maklumat Aktiviti

  • Peringkat Sekolah: Sekolah Rendah Malaysia
  • Mata Pelajaran: Matematik
  • Tahun / Tingkatan: Tahun 1
  • Topik / Unit: Pecahan
  • Mengenal pasti satu perdua, satu perempat, dua perempat dan tiga perempat.
  • Tempoh Aktiviti: 15–20 minit
  • Peranti Apple: iPad / Mac
  • Aplikasi Digunakan: Keynote

Objektif Pembelajaran

  • Mengenal pasti satu perdua (setengah/separuh), satu perempat (suku), dua perempat dan tiga perempat (tiga suku) menggunakan ilustrasi pizza.
  • Membina dan menerangkan contoh satu perempat menggunakan pelbagai susunan bentuk, gambar atau lipatan kertas

Penerangan Aktiviti Pembelajaran

Aktiviti “Jom Belajar Pecahan dengan Pizza!” membantu murid Tahun 1 memahami bahawa pecahan terbentuk daripada bahagian yang sama besar pada satu objek. Melalui Keynote, murid meneroka satu perdua, satu perempat, dua perempat dan tiga perempat menggunakan pizza, gambar serta animasi. Istilah “setengah”, “separuh”, “suku” dan “tiga suku” digunakan secara lisan. Murid turut mencuba lipatan kertas dan pelbagai variasi pembentukan satu perempat sebelum menyelesaikan masalah perkongsian pizza dalam situasi harian. 

Guru memaparkan satu pizza dan bertanya cara berkongsi secara adil dengan dua atau empat orang. Murid membandingkan bahagian sama besar dan tidak sama besar. Guru menunjukkan setengah/separuh, suku, dua perempat dan tiga suku melalui animasi Keynote; murid mencuba lipatan kertas untuk mendapatkan satu perdua dan satu perempat, termasuk pelbagai variasi bentuk satu perempat.

Cipta (Create)

Murid menggunakan shapes dalam Keynote untuk membina satu pizza yang dibahagi kepada dua atau empat bahagian sama besar. Mereka mewarnakan satu, dua atau tiga daripada empat bahagian, melabel “setengah”, “suku”, “dua perempat” atau “tiga suku”, dan mencipta satu soalan situasi harian tentang berkongsi pizza.

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.