Bahasa Melayu Tingkatan 3 - Usahawan Tani

MAKLUMAT AKTIVITI

Peringkat Sekolah: Sekolah Menengah Malaysia

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Tingkatan: Tiga

Tema 12: Tuah di Bumi Permata.

Topik: Usahawan Tani - Meneroka Fungsi Tanaman Hiasan melalui AR dan Perbincangan Kolaboratif antara Murid.

Area Fokus: Kemahiran membaca, menulis, membina ayat serta menerangkan kembali bagi menunjukkan kefahaman.

Peranti Apple: iPad, Apple Pencil

Aplikasi Digunakan: Keynote, Pages, iMovie, Garage Band

EMK: TMK, Kelestarian Alam Sekitar, Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Menulis Ayat, Kemahiran Berfikir secara Kritis.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir aktiviti, murid dapat:

  1. Mengenalpasti dan menerangkan secara lisan ciri-ciri tanaman hiasan.
  2. Mengenalpasti sekurang-kurangnya tiga fungsi tanaman hiasan berdasarkan video yang telah ditonton serta melengkapkan lembaran yang disediakan oleh guru.
  3. Menghasilkan rakaman perbincangan bagi menunjukkan kefahaman terhadap isu usahawan tani (murid beri pandangan mereka terhadap isu usahawan tani secara kritis)

PENERANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN:

Dalam aktiviti yang dijalankan, murid dapat meneroka jenis-jenis tanaman hiasan yang terdapat di sekeliling mereka dan juga tanaman yang jarang dijumpai. Dengan menggunakan AR, murid dapat melihat sendiri model 3D pelbagai jenis tanaman hiasan. Rangsangan dalam bentuk visual akan menarik minat murid untuk berkomunikasi mengenai bahan pembelajaran yang mereka lihat.

LANGKAH PELAKSANAAN AKTIVITI:

Teroka (Explore) - MENEROKA MELALUI AR

  • Murid diperkenalkan dengan satu slaid keynote yang menunjukkan model 3D tanaman hiasan.
  • Guru beri soalan rangsangan untuk mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri murid.
  •   
Keynote Model 3D Tanaman Hiasan
  • Murid memerhatikan dan menyenaraikan ciri-ciri tanaman hiasan yang dapat mereka perhatikan.
  • Murid meneka apakah fungsi tanaman hiasan kepada manusia dan alam sekitar.

Teroka (Explore) - MENGAKTIFKAN PENGETAHUAN DAN MEMBINA KEFAHAMAN

  • Guru kongsikan video penerangan ringkas mengenai Fungsi Tanaman Hiasan.
  • Murid tonton video dan bersedia dengan sesi penerangan.
  •  


Cipta (Create) - MENGENALPASTI FUNGSI TANAMAN HIASAN

  • Guru kongsikan fail Pages untuk murid menghasilkan bahan pembentangan secara berkumpulan dan akan dikumpulkan menjadi buku digital.
  • Murid berbincang dalam kumpulan, memberikan pandangan mengenai isu Usahawan Tani yang mengusahakan tanaman hiasan sebagai sumber pendapatan mereka.
  • Murid lengkapkan fail Pages.

Kongsi & Refleksi (Share & Reflect)

  • murid berkongsi hasil kerja dengan kumpulan lain.
  • murid membuat refleksi terhadap pembelajaran pada hari ini.
  • guru berikan soalan rangsangan untuk murid berfikir, “Sejauh manakah tanaman hiasan dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan?”

 

Tuliskan hasil dapatan perbincangan kumpulan anda. Berikan penerangan ringkas bagi setiap isi.

HASIL PEMBELAJARAN:

Hasil kerja murid yang dijangka:

  • lembaran kerja digital kumpulan.

Kaedah pentaksiran yang digunakan:

  • Lisan (pembentangan)
  • Bertulis (lembaran aktiviti)

REFLEKSI DAN CADANGAN PENYESUAIAN:

Murid boleh hasilkan sendiri Model 3D tanaman hiasan.

Murid cari contoh tanaman hiasan bagi setiap fungsi, selain daripada yang diberikan oleh guru.

#AppleEDU #EveryoneCanCreate #SekolahRendahMalaysia #SekolahMenengahMalaysia

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.