Kenali Sudut: Permainan Interaktif Matematik Menggunakan Keynote

Permainan interaktif menggunakan Keynote pada iPad untuk membantu murid mengenal pasti dan mengelaskan jenis sudut melalui cabaran visual, pilihan jawapan dan maklum balas segera.

Maklumat Aktiviti


Peringkat Sekolah: Sekolah Menengah Malaysia

Mata Pelajaran :Matematik

Tingkatan: Tingkatan 1

Topik : Garis dan Sudut

Tempoh :30

Peranti Apple : iPad , Apple Pencil

Aplikasi: Keynote

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir aktiviti, murid dapat:

  1. Mengenal pasti jenis sudut seperti sudut tirus, sudut tegak, sudut cakah, dan sudut refleks dengan betul.
  2. Mengelaskan jenis sudut berdasarkan rajah dan ukuran yang diberikan.
  3. Menyelesaikan cabaran interaktif berkaitan sudut secara kendiri.

Kenali Sudut merupakan permainan pembelajaran interaktif yang dihasilkan menggunakan aplikasi Keynote pada iPad.

Permainan ini direka untuk membantu murid memahami jenis sudut melalui pendekatan pembelajaran berasaskan permainan (Game-Based Learning).

Murid perlu menyelesaikan cabaran Matematik dengan memilih jawapan yang betul berdasarkan rajah sudut yang dipaparkan.

Ciri pautan antara slaid dalam Keynote membolehkan murid menerima maklum balas segera. Jawapan yang betul membawa murid ke cabaran seterusnya, manakala jawapan yang salah memberi peluang kepada murid untuk mencuba semula.

Aktiviti ini menjadikan pembelajaran Matematik lebih menarik, interaktif dan berpusatkan murid.


Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.