Kolaborasi Esei Menggunakan Audio di Pages

Sebagai guru bahasa, kita sering berhadapan dengan kekangan masa silibus yang padat di samping bebanan pelajar untuk menguasai kematangan hujah esei. Pelajar kerap menghafal contoh esei secara meluput tanpa memahami kehendak soalan dan langkah huraian penulisan esei yang sebenar.

Dalam meneroka dan menggalakkan penglibatan aktif pelajar sebagai pencipta kandungan analitis digital, penggunaan iPhone dan iPad dapat mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan (fun learning).

Bagaimanakah kita boleh memanfaatkan ekosistem Apple untuk mengubah sesi perbincangan esei yang hambar menjadi slot interaktif di mana pelajar membina, menyemak dan mencantumkan esei gred cemerlang secara bersama?


Subjek: Pengajian Am Semester 1 STPM

Tema: Kedaulatan Negara

Topik: Perpaduan

Sub topik: Aktiviti Memupuk Perpaduan dalam Kepelbagaian

Objektif: Di akhir pembelajaran, pelajar dapat:

(a) menganalisis langkah memupuk perpaduan dalam kepelbagaian.

(b) mengembangkan huraian esei (ayat idea, ayat huraian dan ayat KBAT)

(c) membentangkan struktur hujah dengan yakin menggunakan slaid Keynote minimalis melalui sambungan nirwayar ke skrin kelas.


Aliran Pelaksanaan PdP:

Taklimat Pelaksanaan:

Guru memancarkan contoh aktiviti memupuk perpaduan dalam kepelbagaian di hadapan kelas menggunakan iPad dan AppleTV.

Aktiviti LDK:

Aktiviti 1- Pemetaan Huraian Esei

Pelajar meneliti langkah menyemai perpaduan menggunakan Freeform kemudian menulis langkah tersebut di dalam lembaran kerja Pages yang disediakan.

Aktiviti 2- Reka Bentuk Ekspess

Pelajar menjelaskan langkah menggunakan kreativiti masing-masing melalui animasi atau pun realiti terimbuh (AR). Pelajar kemudian memindahkan hasil kreatif mereka ke dalam lembaran kerja Pages.


 


Contoh hasil akhir pelajar berkreativiti dengan Keynote


Aktiviti 3- Sesi Pitching Estafet dan Penutup

Pelajar berkongsi hasil akhir mereka di hadapan kelas.

Sambil pelajar membentang, guru menggunakan Apple Pencil untuk mencoretkan ulasan serta pembetulan sintaks ayat secara langsung pada paparan kelas.

Guru memberi peluang pelajar memilih hasil kerja terbaik sebagai pemenang.


Bahan Rujukan & Sumber Tambahan

  • Terokai fungsi kolaborasi kancas tanpa had melalui panduan di Apple Support.
  • Rujuk panduan pembinaan persembahan visual yang kemas melalui panduan penggunaan keynote untuk iPad.







 

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.