Deskripsi:
Aktiviti ini berfokus pada kemahiran menjana idea berdasarkan bahan rangsangan yang diberi, dipaparkan atau diperdengarkan kepada murid. Berdasarkan idea yang dikenal pasti, murid dikehendaki menghasilkan perenggan kesimpulan menggunakan formula TeSeHaSim yang telah diajar oleh guru. Bagi memperkukuh penguasaan murid, satu jurnal digital disediakan dalam aplikasi Pages sebagai ruang untuk mencatat isi, melengkapkan peta minda dan menyimpan hasil tugasan. Bahan pembelajaran berfokus pada topik Kepentingan Mempelajari Sejarah.
Subjek : Bahasa Melayu
Tingkatan : Tingkatan 4
Tema 8: Dalam Lipatan Kenangan
Topik : Sejarah Mendewasakan Kita
Fokus Kemahiran : Kemahiran
menulis – menghasilkan perenggan kesimpulan berdasarkan bahan
Standard Kandungan / Standard Pembelajaran : 3.4.4 Menulis untuk membuat Kesimpulan yang lengkap dan menepati tema menggunakan ayat yang gramatis dan ungkapan yang menarik
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
- Mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga kepentingan mempelajari Sejarah berdasarkan bahan rangsangan yang dipaparkan.
- Melengkapkan peta minda tentang kepentingan mempelajari Sejarah
- Menghasilkan satu perenggan kesimpulan berdasarkan maklumat yang diperoleh dengan menggunakan formula TeSeHaSim
BBM / ABM / TMK
- iPad
- Aplikasi Pages
- Bahan teks daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4
EMK
- Patriotisme
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Kreativiti dan Inovasi
- Nilai murni: menghargai jasa tokoh dan peristiwa sejarah, semangat cinta akan negara
KBAT
- Menghubungkait maklumat daripada bahan dengan kepentingan mempelajari Sejarah
- Merumus dan membina kesimpulan secara terancang
- Menjana idea berdasarkan bahan digital
Langkah Pengajaran dan Pembelajaran
Set Induksi (± 10 minit)
Aktiviti
- Guru memaparkan aktiviti suai padan peristiwa sejarah dengan tarikh/tempat berlakunya peristiwa melalui bahan interaktif pada iPad.
- Murid meneliti maklumat yang dipaparkan dan melaksanakan aktiviti padanan secara individu atau berpasangan.
- Guru menyoal murid secara lisan:
- “Mengapakah kita perlu mengetahui peristiwa sejarah negara?”
- “Apakah kesan jika generasi muda tidak memahami sejarah negara?”
- Guru mengaitkan respons murid dengan tajuk pelajaran, iaitu Kepentingan Mempelajari Sejarah.
Tujuan set induksi
- Mengaktifkan pengetahuan sedia ada murid
- Menarik minat murid terhadap topik
- Membina jambatan idea sebelum masuk kepada bahan teks
Langkah 1 – Penerokaan Bahan (± 15 minit)
Aktiviti
- Murid meneliti isi penting yang terdapat dalam bahan.
- Guru membimbing murid mengenal pasti maklumat utama berkaitan kepentingan mempelajari Sejarah.
- Murid mencatat kata kunci penting dalam jurnal digital masing-masing.
Peranan guru
- Menjelaskan kehendak tugasan
- Membimbing murid mengekstrak isi penting daripada bahan
- Menyoal murid untuk mengukuhkan pemahaman
Langkah 2 – Melengkapkan Peta Minda dalam
Pages (± 15 minit)
Aktiviti
- Guru meminta murid membuka jurnal digital dalam aplikasi Pages yang telah disediakan.
- Murid melengkapkan peta minda bertajuk “Kepentingan Mempelajari Sejarah” berdasarkan bahan yang telah ditonton/dibaca.
- Murid perlu mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga kepentingan dan menyokongnya dengan huraian ringkas atau kata kunci yang sesuai.
- Guru memantau, menyoal dan membimbing murid yang memerlukan bantuan.
Hasil pembelajaran langkah ini : Murid berjaya membina asas isi untuk penulisan kesimpulan.
Langkah 3 – Pembinaan Perenggan Kesimpulan
dalam Freeform (± 20 minit)
Aktiviti
- Guru mengingatkan semula formula kesimpulan TeSeHaSim yang telah dipelajari.
- Berdasarkan peta minda dalam Pages, murid menghasilkan satu perenggan kesimpulan dalam ruangan yang disediakan dalam Pages.
- Guru membimbing murid agar perenggan yang dihasilkan menepati topik, mengandungi isi yang relevan, menggunakan bahasa yang gramatis, menepati formula TeSeHaSim.
Langkah 4 – Dokumentasi Hasil dalam Pages (± 5 minit)
Aktiviti
- Setelah menyiapkan draf perenggan Kesimpulan, murid perlu gabung semua ayat dalam draf dan hasilkan satu perenggan penuh dalam ruangan yang disediakan dalam Pages.
- Murid menyemak semula jurnal bagi memastikan peta minda dan hasil kesimpulan telah lengkap.
Langkah 5 – Pembentangan dan Perkongsian (±10 minit)
Aktiviti
- Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk membentangkan hasil perenggan kesimpulan mereka.
- Murid membaca dan menjelaskan bagaimana mereka membina perenggan berdasarkan formula TeSeHaSim.
- Guru dan rakan-rakan memberikan maklum balas ringkas dari segi:
- ketepatan isi,
- kelancaran bahasa,
- penggunaan formula kesimpulan.
Penutup / Refleksi (± 5 minit)
Aktiviti
- Guru membuat rumusan tentang kepentingan mempelajari Sejarah.
- Murid merakam audio atau video menyatakan refleksi ringkas, contohnya:
- satu perkara baharu yang dipelajari hari ini;
- satu kepentingan mempelajari Sejarah yang paling memberi kesan kepada mereka;
- tahap keyakinan mereka menghasilkan kesimpulan menggunakan formula TeSeHaSim.
Penutup
Melalui penggunaan aplikasi Pages murid dapat memahami topik “Kepentingan Mempelajari Sejarah” dengan lebih terancang dan interaktif. Pada akhir pembelajaran, murid berupaya mengenal pasti isi penting daripada bahan serta menghasilkan perenggan kesimpulan yang menepati formula TeSeHaSim.







Attach up to 5 files which will be available for other members to download.