Deskripsi Pengajaran:
Pelajaran ini meletakkan murid di dalam senario dunia sebenar sebagai "Penyiasat Muda". Murid ditugaskan untuk meneroka persekitaran sekolah, mengenal pasti peralatan yang rosak, dan mencadangkan penyelesaian baik pulih menggunakan teknologi. Sepanjang proses ini, mereka menggunakan pelbagai aplikasi Apple (seperti Safari, Freeform, Kamera, penandaan Markup, dan Numbers) untuk mengumpul, merekod, dan membentangkan penemuan mereka. Cabaran utama projek ini adalah: "Bagaimanakah kita sebagai 'Penyiasat Muda' dapat menggunakan teknologi digital untuk mengenal pasti dan menguruskan kerosakan peralatan di sekolah bagi menyokong amalan kelestarian".
Tahap: Tingkatan 1 (Sekolah Menengah).
Topik: 1.1 Pengenalan Teknologi dan Kelestarian (Tema: Projek 1 - Penyiasat Muda).
Objektif Pembelajaran: Murid dapat menerangkan maksud teknologi dan kelestarian dengan mengaitkannya dengan skop baik pulih.
Pencetusan Idea dan Penerokaan (15 Minit)
Murid dibimbing untuk memahami definisi dan perbezaan antara konsep 'teknologi' dan 'kelestarian'.
Integrasi Apple: Murid menggunakan Safari untuk mencari maklumat yang sahih. Mereka kemudiannya menggunakan Freeform sebagai papan putih digital untuk mencatatkan dan memetakan penemuan idea mereka secara kolaboratif.
Perkaitan Konteks (15 Minit)
Murid mengaitkan kefahaman awal tadi dengan senario sebenar melalui tinjauan kerosakan persekitaran sekolah.
Integrasi Apple: Murid menggunakan Kamera iPad untuk merakam gambar peralatan atau perabot yang rosak di sekitar bilik darjah. Menggunakan fungsi Markup, murid menanda kerosakan pada gambar tersebut secara digital dan menulis cadangan baik pulih ringkas (contoh: "tampal dan amplas permukaan").
Persediaan Data (20 Minit)
Murid merangka satu kaedah sistematik untuk merekod penumpuan siasatan mereka sebagai asas sebelum melangkah ke kemahiran analisis.
Integrasi Apple: Murid membina templat kutipan pangkalan data interaktif menggunakan Apple Numbers. Ini membantu mengurangkan ralat kemasukan data dan mempercepatkan proses analisis status kerosakan perabot.
Murid membuat pembentangan secara berkumpulan berdasarkan dapatan pangkalan data dan mempamerkan kefahaman konsep kelestarian mereka kepada kelas.
Penilaian (10minit)
- Guru membuat semakan dan penilaian ke atas pembentangan kumpulan murid menggunakan skala Tahap Penguasaan (TP1 hingga TP4).
- Pendekatan penilaian ini bersifat menyeluruh (360 darjah) yang merangkumi penilaian rakan sebaya, refleksi kendiri, dan pemarkahan guru.
- Semua rekod markah dan refleksi ini dikumpulkan secara pusat menerusi Borang Penilaian.

Attach up to 5 files which will be available for other members to download.