Modul Aktiviti BM Tahun 3: Pengembaraan & Penguasaan Kata Adjektif Pancaidera
Aktiviti Pembelajaran: Misi Detektif Kata Adjektif Pancaidera
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu (SJKC)
Peringkat: Sekolah Rendah (Tahun 3)
Unit Pembelajaran: Unit 18: Sejahterakan Bumi
Tajuk / Sub-topik: Tatabahasa — Kata adjektif pancaindera (lembut, harum, kasar, cantik)
Tempoh: 30 Minit
Objektif Pembelajaran
Dalam pelajaran ini, murid-murid akan:
Memahami, mengenal pasti dan menggunakan kata adjektif pancaindera dengan betul dan tepat.
Membina dan menyebut ayat tunggal yang mengandungi kata adjektif pancaindera.
Aktiviti Pembelajaran:
1.Set Induksi dan Pengenalan Watak
Guru memperkenalkan modul melalui watak utama "Tuala Comel".
Murid diberi peranan sebagai "Detektif Cilik" yang perlu menjalankan misi mempelajari kata adjektif pancaindera.
2.Penyampaian Maksud Kata Adjektif
Guru menerangkan definisi serta contoh penggunaan kata adjektif pancaindera berdasarkan watak Tuala Comel:
Cantik: Sesuatu yang indah dan sedap dilihat oleh mata kita. Ayat contoh: "Dahulu, aku sehelai tuala yang cantik."
Harum: Bau yang wangi dan menyegarkan apabila kita hidu. Ayat contoh: "Badanku pula berbau harum."
Lembut: Rasa yang empuk dan sangat selesa apabila disentuh. Ayat contoh: "Kulitku lembut..."
Kasar: Rasa yang menggerutu dan tidak rata apabila dipegang. Ayat contoh: "Selepas dua tahun.... kulitku kasar."
3.Pengukuhan Pemahaman (Peta Deria)
Murid meneliti "Peta Deria Tuala Comel" yang memetakan empat kata adjektif utama iaitu LEMBUT, KASAR, CANTIK, dan HARUM bagi mengukuhkan perkaitan antara deria sentuhan, penglihatan, dan bau.
4.Penilaian & Ujian Minda dan Meneroka ambil gambar
Murid menyelesaikan tugasan interaktif "Fail Kes Detektif: Ujian Minda" dengan memilih kata adjektif yang tepat mengikut petunjuk.
Murid meneroka dalam bilik darjah untuk mengambil gambar mengenai keempat-empat kata adjektif yang dipelajari.
5.Anugerah Kejayaan
Guru mengesahkan status "Misi Selesai!" bagi murid yang berjaya menyempurnakan tugasan.
Murid diberikan pujian: "Syabas, Detektif Cilik! Anda telah berjaya menguasai Kata Adjektif Pancaindera."
Mengapa Pendekatan Ini Berkesan untuk Murid SJKC?
Bagi murid SJKC yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, penguasaan tatabahasa seperti Kata Adjektif tidak seharusnya bergantung pada hafalan semata-mata. Pendekatan pembelajaran secara fizikal, interaktif dan berasaskan pengalaman dapat membantu murid memahami serta menggunakan kata adjektif dengan lebih berkesan.
Antara sebab pendekatan ini berkesan ialah:
1. Pembelajaran Kinestetik dan Konkrit
Murid dapat melihat, menyentuh, menghidu dan mengalami sendiri sesuatu objek atau situasi untuk memahami kata adjektif seperti cantik, kasar, harum dan lembut. Pengalaman secara langsung ini menjadikan pembelajaran lebih mudah difahami dan diingati.
2. Pengukuhan Bahasa Berdasarkan Konteks
Murid membina ayat Bahasa Melayu berdasarkan objek dan situasi sebenar di persekitaran mereka. Hal ini membantu mereka memperkaya kosa kata serta menggunakan kata adjektif dengan lebih tepat dalam komunikasi harian.
3. Penglibatan Murid Secara Aktif
Aktiviti permainan, pencarian objek dan penerokaan menggunakan bahan dapat meningkatkan minat serta penglibatan murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan juga menggalakkan murid untuk berani mencuba dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
Refleksi
"Pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu menjadi lebih bermakna apabila murid berpeluang meneroka, mengalami dan menghubungkan perkataan yang dipelajari dengan persekitaran sebenar mereka. Melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan berasaskan pengalaman, murid bukan sahaja dapat memahami konsep kata adjektif, malah dapat menggunakannya dengan lebih yakin dan berkesan dalam kehidupan seharian."





Attach up to 5 files which will be available for other members to download.