Mencetuskan Rasa Ingin Tahu: Penerokaan Imersif Komponen Mekanikal

Topik Reka Bentuk Mekanikal dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi bagi murid Tingkatan 2 amat mecabar kerana kebanyakan komponen mekanikal seperti gear, aci sesondol dan tali sawat beroperasi melalui pergerakan yang sukar divisualisasikan hanya menggunakan gambar statik. Pengalaman pembelajaran imersif menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) membolehkan murid meneroka, memerhati dan menerangkan bagaimana komponen mekanikal berfungsi dalam aplikasi dunia sebenar. 


Subjek: 

Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)


Tahap:

Tingkatan 2 (Menengah Rendah)


Tema:

Aplikasi Teknologi


Bab 2: 

2.2 Reka Bentuk Mekanikal


Standard Pembelajaran

2.2.1 Mengenal pasti komponen mekanikal


Area Fokus:

Pemikiran Kritis


Elemen Merentas Kurikulum:

Pembelajaran Melalui Penerokaan

Pembelajaran Masteri

Kemahiran Berfikir Kritis


Soalan Utama

Pembelajaran dimulakan dengan soalan mudah: 

Apakah sistem mekanikal yang anda gunakan setiap hari? 

Bagaimana sistem mekanikal tersebut bergerak? 

Apakah komponen yang menggerakkannya?


Soalan-soalan ini bertujuan mengaktifkan pengetahuan sedia ada murid dan menggalakkan mereka melihat objek di sekeliling sebagai sebuah mesin ringkas atau sistem mekanikal, bukan sekadar produk biasa.


Bagi mencetuskan rasa ingin tahu dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna, murid diperkenalkan kepada pelbagai komponen mekanikal dalam sistem mekanikal ringkas dan kompleks melalui pengalaman Augmented Reality (AR). Murid berinteraksi dengan mekanisme yang bergerak serta menyiasat bagaimana setiap komponen menyumbang kepada operasi sesuatu sistem mekanikal.

 


Murid meneliti pelbagai peranti harian seperti jam tangan, basikal dan pengasah pensel, serta mesin yang lebih kompleks seperti kereta, kren dan sistem penghantar. Melalui pengalaman AR, murid mengenal pasti pelbagai jenis komponen mekanikal yang digunakan dalam sistem mekanikal ringkas dan kompleks. Murid juga memerhati bagaimana pergerakan dihasilkan serta dipindahkan dalam sesuatu sistem. Mereka dapat melihat pergerakan gear, takal dan gelongsor dari pelbagai sudut pandangan, sekali gus menjadikan konsep abstrak lebih mudah difahami.


Murid kemudiannya merekod pemerhatian mereka menggunakan rakaman skrin dan tangkapan skrin. Artifak digital ini disusun dalam bentuk jurnal pembelajaran menggunakan aplikasi Pages, di mana murid mendokumentasikan dapatan dan penerangan berkaitan setiap komponen mekanikal yang diterokai.

 

Bebola galas
Bebola galas pada roda basikal


Kreativiti dengan teknologi Apple


Reality Composer

Sifat pembelajaran yang visual dan interaktif komponen mekanikal secara AR di Reality Composer merangsang rasa ingin tahu serta meningkatkan penglibatan aktif murid. Mereka bertindak sebagai penyiasat yang meneroka, menganalisis dan menerangkan pergerakan mekanikal berdasarkan pemerhatian mereka sendiri.


Tangkapan Skrin

Murid merekod pergerakan yang dihasilkan oleh komponen mekanikal untuk menyokong pembelajaran dan analisa pergerakan komponen mekanikal.


Pages

Murid mendokumenkan fungsi komponen mekanikal bagi setiap sistem mekanikal yang diterokai. Murid menyedari bahawa sebuah sistem mekanikal lazimnya terdiri daripada beberapa komponen yang saling berhubung dan bekerjasama untuk melaksanakan sesuatu fungsi.

 

 

Dokumentasi tangkapan skrin di Pages
Dokumentasi tangkapan skrin di Pages

Impak Terhadap Pembelajaran

Pengalaman pembelajaran imersif ini meningkatkan pemahaman murid terhadap komponen mesin dan fungsinya dengan ketara. Penggunaan animasi dalam AR membantu murid memvisualisasikan pergerakan yang sukar dibayangkan melalui rajah statik dalam buku teks.


Lebih penting lagi, murid menunjukkan keyakinan yang lebih tinggi dalam menerangkan konsep reka bentuk mekanikal menggunakan istilah teknikal yang tepat. Jurnal pembelajaran digital yang dihasilkan membuktikan pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana komponen mekanikal berinteraksi dalam sesuatu sistem serta menjadi eviden kepada perjalanan pembelajaran mereka.


Pengalaman ini mengukuhkan kepentingan menggabungkan penerokaan secara langsung, teknologi visualisasi dan refleksi murid untuk mewujudkan pembelajaran yang bermakna. Dengan menghidupkan komponen mekanikal melalui pengalaman imersif, murid dapat menghubungkan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan aplikasi kejuruteraan dunia sebenar, sekali gus menjadikan pembelajaran Reka Bentuk Mekanikal lebih menarik, relevan dan bermakna.

 

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.