Hai cikgu-cikgu! 👋✨
Jom terokai Reka Bentuk Elektromekanikal Tahun 6 dengan cara yang lebih kreatif, interaktif dan menyeronokkan! ⚙️💡
ABBM ini direka khas untuk membantu cikgu-cikgu menjadikan sesi PdP lebih menarik dengan menggabungkan penggunaan Pages, Keynote dan AI. 📱✨ Melalui Pages, cikgu boleh menggunakan lembaran kerja yang kreatif dan tersusun, manakala Keynote membantu menyampaikan pembelajaran melalui visual, animasi dan aktiviti interaktif. Video Teknologi AI pula digunakan untuk menghasilkan idea serta bahan visual yang dapat menjadikan pembelajaran lebih dekat dengan dunia murid.
Semoga ABBM ini dapat membantu cikgu-cikgu mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih visual, hands-on dan menyeronokkan, sambil memberi peluang kepada murid untuk meneroka dunia elektromekanikal dengan penuh rasa ingin tahu. 🔍⚙️
Jom kita jadikan pembelajaran RBT lebih hidup, kreatif dan bermakna! 🚀
Bagi permulaan guru untuk memikat hati murid lagi lagi murid sekolah rendah yang tak tahu duduk diam kan hahahah , saya sajikan kepada guru dengan video AI yang saya gunakan promtpt dalam Notes AI dan saya janakan AI menggunakan aplikasi peribadi sya .
Guru boleh menayangkan video sebelum mengajar supaya murid boleh brain storming tajuk yang akan mereka pelajari pada hari tersebut
- Murid melihat video pendek "Mesin Basuh"
- Murid memberikan jawapan berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Saya akan sharekan RPH saya kepada semua guru yang struggle mengajar RBT atau yang nak gunkaan ABBM yang sya kongsikan. Untuk pengetahuan semua RPH ini saya menggunakan 5E model yang terdiri daripada engaged,explore,explain, elobarate dan evaluate . Cikgu - cikgu boeh seacrh dalam google tau berkenaan dengan Model 5E hehehheeh
STANDARD PEMBELAJARANÂ
5.2.1 : Menyatakan Elemen ElekromekanikalÂ
OBJEKTIF :Â
murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya 5 elemen elektromekanikal yang terdapat pada mesin basuh dengan betul.
MASAÂ
60 MinitÂ
TEMPATÂ
BENGKEL RBTÂ
AKTIVITIÂ
Engage ( penglibatan)Â
Guru menunjukkan gambar/video mesin basuh sedang beroperasi. “Apakah komponen/ alat yang ada dalam video mesin basuh?” Murid memberikan jawapan berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Explore ( penerokaan)
Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.Â
Setiap kumpulan menerima kad perkataan beberapa komponen mesin basuh.Â
Murid memerhati, berbincang dan cuba mengelaskan komponen yang berkaitan dengan sistem elektromekanikal. Dilarang membuka audio ketika menjawab soalan tersebut.
Explain (Penerangan)
Murid mendengar penerangan oleh guru elemen elektromekanikal.Â
Murid melihat video setiap elemen elektromekanikal berkerjasama ketika mesin sedang berfungsi, supaya murid dapat mengenali bentuk komponen serta prosesnya sambil dibantu oleh guru.
Elaborate – (Pengembangan)
Murid menjalankan aktiviti “Detektif Mesin Basuh” secara berkumpulan.
Murid diberikan beberapa beberapa situasi dan diminta mengenal pasti elemen elektromekanikal yang sesuai berdasarkan situasi tersebut.
Murid membincangkan jawapan dan membentangkan hasil kepada kelas.
Evaluate – Penilaian
Murid menjawab lembaran kerja/Exit Ticket secara individu.
Murid melihat gambar mesin basuh dan menyatakan sekurang-kurangnya 5 elemen elektromekanikal yang telah dipelajari.
Guru membuat semakan berdasarkan objektif pembelajaran.
Saya sharekan video untuk aktviti ( Explain penerangan)
Nampak menarikkan ! , video ini saya hasilkan secara AI dengan mencipta prompt di Note AI dan sya meletakkan beberapa animasi asas menggunakan keynote. Mengikut pemerhatian saya, anak murid saya suka benda yang berwarna dan bervisual. Jadi penggunaan AI sangat membantu untuk saya menarik minat murid dan mengukuhkan lagi kefahaman mereka. Penghasilan video ini membolehkan murid mengulangkaji pada masa mereka sendiri dan boleh ditonton secara berulang - ulang.
Difasa penilaian ( evaluate), Saya menghasilkan satu lembaran kerja yang senang berbentuk gambar rajah berlabel untuk mencapai objektif saya iaitu sekurang - kurangnya murid mengenal 5 komponen dalam elektromekanikal. Dari lembaran itu, guru boleh membuat penilaian secara formatif bagi subtopik tersebut.
MENGAPA PENDEKATAN INI SESUAI ?
Visual lebih mudah difahami – gambar, grafik dan animasi membantu murid memahami komponen serta fungsi elektromekanikal.
Murid lebih terlibat – aktiviti interaktif menjadikan murid bukan sekadar mendengar, tetapi turut meneroka dan mencuba.
 AI menyokong kreativiti – membantu menghasilkan visual, idea dan bahan pembelajaran yang lebih pelbagai mengikut keperluan murid.
 Pembelajaran lebih fleksibel – Pages membolehkan bahan, tugasan dan refleksi disusun dalam satu ruang pembelajaran digital.
 REFLEKSI
✨ Refleksi Akhir
Penghasilan ABBM ini memberi saya peluang untuk melihat bagaimana teknologi boleh menjadikan pembelajaran RBT lebih kreatif, interaktif dan bermakna. Melalui gabungan Pages, Keynote dan AI, saya dapat menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bukan sahaja menarik secara visual, tetapi juga membantu murid memahami konsep elektromekanikal dengan lebih mudah. ⚙️💡
Apa yang paling bermakna ialah melihat murid lebih aktif, yakin dan teruja untuk meneroka. Saya percaya teknologi bukan sekadar alat untuk menyampaikan kandungan, tetapi satu medium yang dapat membuka ruang kepada kreativiti, rasa ingin tahu dan pembelajaran kendiri.
Teach with purpose, create with passion, and inspire through technology. ✨
Jom kongsi idea! 💬 Tinggalkan komen dan ❤️ jika ABBM ini memberi inspirasi kepada cikgu.
Attach up to 5 files which will be available for other members to download.