[BUKU DIGITAL] Kriptografi Dalam Keselamatan Data: Pigpen Cipher

Asas Sains Komputer Tingkatan 3 — Standard Kandungan 2.1

Tajuk Pigpen Cipher berada di bawah Standard Kandungan 2.1: Kriptografi Dalam Keselamatan Data, dalam topik 2.0 Perwakilan Data. Ia merupakan sebahagian daripada Standard Pembelajaran 2.1.3, iaitu murid dikehendaki menghasil dan menterjemah mesej menggunakan kaedah sifer, khususnya (ii) Substitution Cipher (Caesar Cipher, Pigpen Cipher).

Dari sudut Standard Prestasi, pengajaran Pigpen Cipher boleh merangkumi sehingga Tahap Penguasaan 3 hingga 5:

  • TP 1–2 — Murid menyatakan dan menjelaskan konsep kriptografi serta kaedah sifer yang dipelajari.
  • TP 3 — Murid menterjemah mesej menggunakan Pigpen Cipher (proses encryption dan decryption).
  • TP 4 — Murid membandingkan kekuatan dan kelemahan Pigpen Cipher berbanding Caesar Cipher atau Reverse Cipher.
  • TP 5 — Murid mencadangkan kaedah sifer alternatif dan membuat pembentangan.
  • TP 6 (Tahap Cemerlang) — Murid mencipta kaedah sifer baharu berasaskan kehidupan seharian dan membentangkan hasil dalam folio digital.

Pigpen Cipher dikategorikan sebagai Substitution Cipher berasaskan geometri — setiap huruf digantikan dengan simbol grafik berdasarkan kedudukan dalam grid. Ini menjadikannya pilihan pedagogi yang menarik kerana ia menggabungkan pemikiran visual, logik dan kreatif sekaligus, sesuai dengan pendekatan HOTS dalam KSSM.

 

Muka hadapan buku. Muat turun pada pautan bahan dibawah.

Ketam Sifer (bahan yang dikongsikan dibawah) merupakan satu buku cerita satu cerita pengalaman seekor ketam Si Andrew bersama rakan beliau Robert dalam mengaplikasikan sifer dalam kehidupan mereka.

Buku digital ini dalam format ePub mengandungi grafik, video, audio secara interaktif. Perlu dimainkan dalam iPad atau sebarang app yang menyokong fail ePub.

Bahan ePub dihasilan oleh Mohd Razif Abdul Razak, guru Asas Sains Komputer dari The Malay College Kuala Kangsar, Perak menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehan menerusi inisiatif Apple Professional Learning (APL) dan DELIMa KPM.

 

Proses pembangunan bahan ini

Lihat proses pembangunan bahan ini: https://education.apple.com/story/250015321

Jangan lupa untuk mengikuti saya untuk lebih banyak perkongsian.

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.