Kuiz Interaktif Menggunakan Hyperlink dalam Keynote: Belajar Pseudokod Sambil Bermain

Ramai cikgu menggunakan Keynote untuk persembahan — tetapi tahukah anda Keynote boleh dijadikan enjin permainan interaktif sepenuhnya tanpa sebarang pengaturcaraan? 

Dengan ciri hyperlink slaid yang sedia ada dalam Keynote, saya berjaya membina kuiz interaktif 5 level bernama Pseudocode Quest untuk membantu murid Tingkatan 1 memahami pseudokod secara aktif dan menyeronokkan.

Kunci utamanya mudah: setiap butang jawapan dihubungkan terus ke slaid yang berbeza — jawapan betul pergi ke slaid hijau "Betul!", jawapan salah pergi ke slaid merah "Cuba Lagi!". Murid klik, slaid bertukar serta-merta, dan pembelajaran berlaku secara semula jadi.

Subjek : Asas Sains Komputer (ASK)

Tahap : Tingkatan 1 (Menengah Rendah)

Standard Pembelajaran : 3.1.1 Menulis pseudokod dan melukis carta alir pelbagai pilihan dalam penyelesaian masalah

Area Fokus : Pemikiran Komputasional

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi • KSSM • Pembelajaran Masteri

Soalan Utama

Pembelajaran dimulakan dengan soalan berikut untuk mengaktifkan pemikiran murid tentang logik dan urutan:

  • Apakah yang berlaku jika urutan arahan dalam pseudokod ditukar?
  • Bagaimana kita tahu pseudokod itu betul atau salah?
  • Bolehkah kita "trace" pseudokod seperti cara komputer buat?

Struktur Game:

 

Level soalan

  • Level 1 — Kira OUTPUT daripada pseudokod mudah
  • Level 2 — Kenal pasti bug dalam struktur IF/ELSE
  • Level 3 — Isi tempat kosong keyword pseudokod
  • Level 4 — Trace nilai pembolehubah langkah demi langkah
  • Level 5 (Boss) — Susun semula pseudokod yang tidak teratur

Cara Membina Slaid Game Ini

Langkah 1 — Bina 3 Jenis Slaid untuk Setiap Soalan

Buat slaid Soalan dengan 4 rectangle shapes berlabel A, B, C, D di sebelah kanan. Letak kod pseudokod di sebelah kiri menggunakan font Courier New pada latar gelap — ia terus nampak seperti skrin komputer.

Kemudian buat 2 slaid tambahan:

  • Slaid Cuba Lagi! — latar merah gelap, ikon besar, teks hint, satu butang  

  • Slaid Betul! — latar hijau gelap, ikon besar, penjelasan jawapan, satu butan

Kreativiti dengan Teknologi Apple

Keynote

Kuiz dibina sepenuhnya dalam Keynote menggunakan ciri Add Link → Slide. Tiada app tambahan, tiada pengaturcaraan — hanya kreativiti cikgu dan ciri sedia ada dalam Keynote. Ini menjadikan Keynote bukan sekadar alat persembahan, tetapi enjin permainan interaktif yang lengkap.

Impak Terhadap Pembelajaran

Murid yang sebelum ini pasif semasa sesi pseudokod mula terlibat aktif apabila elemen permainan diperkenalkan. Mereka tidak lagi menghafal — mereka berfikir, berdebat antara satu sama lain tentang jawapan, dan belajar daripada kesilapan melalui hint pada slaid Cuba Lagi!

Yang paling ketara, murid mula menggunakan kata kunci pseudokod seperti IF, THEN, ELSE, OUTPUT dengan lebih yakin dalam penulisan mereka sendiri selepas aktiviti ini. Pengalaman ini membuktikan bahawa alatan Apple yang sedia ada di bilik darjah sudah cukup untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang bermakna — tanpa memerlukan sebarang kemahiran teknikal yang tinggi.



Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.