Membilang nombor 1 hingga 5 menggunakan Memoji dan 3D View

 


PENGENALAN

Pengajaran ini menggunakan pendekatan Model Pembelajaran 5E – Engage, Explore, Explain, Elaborate dan Evaluate untuk membantu murid Pendidikan Khas Tahun 1 menguasai kemahiran membilang nombor 1 hingga 5. Bagaimana pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan dekat dengan kehidupan seharian murid boleh membantu mereka untuk lebih memahami tajuk ini. Murid diperkenalkan kepada konsep membilang melalui video memoji, 3D view dan aktiviti menggunakan numbers.


MAKLUMAT PEMBELAJARAN

Subjek: Matematik Pendidikan Khas

Kurikulum: Kurikulum Pendidikan Khas Sekolah Rendah

Peringkat: Sekolah Rendah – Tahun 1 PPKI

Topik: Jom Membilang 1 hingga 5

Subtopik: Membilang objek dalam persekitaran

Tempoh: 60 minit

Model Pembelajaran: Model 5E

  • Engage – 5 minit
  • Explore – 15 minit
  • Explain – 20 minit
  • Elaborate – 15 minit
  • Evaluate – 5 minit

Standard Pembelajaran

2.3 Menggunakan nombor dalam kehidupan seharian

Standard Kandungan:

2.3.2 Membilang objek dalam persekitaran

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

  1. Membilang objek 1 hingga 5 dengan betul.
  2. Menggunakan kemahiran membilang dalam situasi mudah
  3. Menggunakan kemahiran membilang dalam kehidupan seharian.


PERSEDIAAN GURU SEBELUM KELAS

Menyediakan:

  • iPad untuk guru dan murid.
  • Bahan pembelajaran digital yang dibina menggunakan Pages.
  • Video pendek berkaitan kenderaan.
  • Aktiviti Numbers untuk merekod dan mengenalpasti bilangan kereta.


AKTIVITI PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN MODEL 5E

1. ENGAGE –Tarik Minat (5 minit)

Aktiviti Guru

Guru memulakan pembelajaran dengan menunjukkan video kenderaan kepada murid.

Guru bertanya:

“Apa yang kamu nampak dalam video?”

“Ada berapa kereta?”

“Mari kita kira bersama-sama cikgu.”

Guru menggunakan watak guru kartun dalam bahan digital untuk memberi arahan dan rangsangan visual kepada murid.

Aktiviti Murid

  • Menonton video.
  • Mengenal pasti objek yang dilihat.
  • Menyebut “kereta”.
  • Cuba mengira kereta bersama-sama guru.
  • Memberi respons secara lisan, menunjuk atau menggunakan sentuhan pada iPad.

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengaktifkan pengetahuan sedia ada murid dan menghubungkan konsep nombor dengan objek yang dekat dengan kehidupan mereka.

 


Pengalaman 3D View
Jom cuba permainan 3D View cari dan bilang kereta


Aktiviti 2: Jom Kira

Murid melihat beberapa kereta pada skrin dan diminta:

“Ada berapa?”

Murid mengira objek satu demi satu sambil menyebut:

1 – 2 – 3 –4 – 5

Guru membimbing murid yang memerlukan bantuan.


 


2. EXPLORE – Meneroka (15 minit)

Murid menjalankan aktiviti membilang menggunakan video gambar kereta.

Aktiviti 1: Jom Kira

Murid melihat beberapa kereta pada skrin dan diminta:

“Ada berapa?”

Murid mengira objek satu demi satu sambil menyebut:

1 – 2 – 3 –4 – 5

Guru membimbing murid yang memerlukan bantuan.


Aktiviti 2:Cari Jawapan di video

Murid menjalankan aktiviti membilang kereta yang sedang bergerak.


Aktiviti 3: Padankan ikut nombor

Murid menjalankan latih tubi padankan jumlah kereta berdasarkan simbol nombor


3. EXPLAIN –Menerangkan (20 minit)

Pada peringkat ini, guru membantu murid memahami bahawa setiap objek dikira sekali sahaja dan nombor terakhir yang disebut menunjukkan jumlah keseluruhan objek. Guru memaparkan memoji membilang kereta;

🚗

= 1

🚗🚗

= 2

🚗🚗🚗

= 3

🚗🚗🚗🚗

= 4

🚗🚗🚗🚗🚗

= 5

Guru kemudian membimbing murid membilang secara berulang:

“Kita tunjuk satu kereta, kita sebut satu.”

“Tambah satu lagi, jadi dua.”

“Mari kita kira bersama-sama.”

Aktiviti Murid

  • Menyebut nombor 1 hingga 5.
  • Membilang objek secara satu demi satu.
  • Menunjukkan nombor yang betul.
  • Mengulang kiraan bersama guru.
  • Menjelaskan jawapan dengan perkataan mudah atau melalui tindakan/menunjuk.


 4. ELABORATE – Mengembangkan Kemahiran (15 minit)

Murid menggunakan kemahiran membilang yang telah dipelajari dalam situasi yang sedikit berbeza.

Aktiviti 1:

“Cam, Warna dan Kira Jumlah Kereta”

Murid melihat beberapa kereta dengan warna yang berbeza. Murid perlu:

  1. Mengenal pasti warna kereta.
  2. Mewarna kereta berdasarkan contoh
  3. Membilang jumlah kereta.  
  4. Memasukkan jawapan ke dalam lembaran kerja di pages
  5. Memasukkan jawapan ke dalam jadual Numbers.

Peranan Guru

  • Memberikan soalan rangsangan.
  • Menggalakkan murid berfikir sendiri.
  • Memberikan scaffolding apabila diperlukan.
  • Memberi pujian dan maklum balas segera.
  • Memastikan murid menggunakan kemahiran membilang, bukan sekadar meneka.

Peranan Murid

  • Membilang objek.
  • Mengenal pasti warna.
  • Memilih nombor yang betul.
  • Mengisi jawapan.
  • Membandingkan jawapan dengan rakan.

Aktiviti 2:

“Cari jumlah kereta di sekolah dan catatkan di numbers”

Murid melihat beberapa kereta dengan warna yang berbeza. Murid perlu:

  1. Mengenal pasti warna kereta.
  2. Membilang jumlah kereta.  
  3. Memasukkan jawapan ke dalam jadual Numbers.

Murid menggunakan Numbers untuk mencari dan merekod jumlah kereta berdasarkan arahan yang diberikan. Contohnya:

Warna Kereta

Kuning

Jumlah: 4

Biru

Jumlah: 3

Merah

Jumlah: 1

5. EVALUATE– Menilai (5 minit)

Pada akhir pembelajaran, murid menjalani Aktiviti Uji Minda.

Murid diberikan gambar beberapa buah kereta dan diminta membilang jumlah kereta. Contohnya:

🚗

🚗

🚗

🚗

Ada berapa kereta?

Murid memilih nombor:

3 | 4 | 5

Guru menggunakan aktiviti ini sebagai pentaksiran ringkas untuk melihat tahap penguasaan setiap murid.

Guru menilai sama ada murid dapat:

☑ Membilang 1 hingga 5.

☑ Membilang objek satu demi satu.

☑ Menentukan jumlah objek.

☑ Memberikan jawapan yang betul dengan atau tanpa bantuan.


Peranan Guru Sepanjang Pembelajaran

Guru bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing, bukan hanya sebagai pemberi maklumat.

  • Memberikan arahan yang pendek dan jelas.
  • Menggunakan bahasa yang mudah.
  • Menunjukkan contoh terlebih dahulu.
  • Memberikan masa kepada murid untuk berfikir.
  • Menggunakan visual dan objek yang menarik.
  • Memberikan pujian dan pengukuhan positif.
  • Menyesuaikan tahap bantuan mengikut keupayaan murid.
  • Membuat pemerhatian dan pentaksiran secara berterusan.

Peranan Murid

Murid merupakan peserta aktif dalam pembelajaran.

Murid perlu:

  • Memerhati bahan yang ditunjukkan.
  • Mendengar arahan.
  • Membilang objek.
  • Menyebut nombor 1 hingga 5.
  • Menyentuh dan memilih jawapan pada iPad.
  • Melengkapkan aktiviti Numbers.
  • Menjawab soalan guru.
  • Mencuba menyelesaikan tugasan secara kendiri.


KESIMPULAN

Penggunaan Model 5E memberi peluang kepada murid untuk belajar secara berperingkat, bermula dengan menarik minat, meneroka, memahami konsep, menggunakan kemahiran dan akhirnya menunjukkan penguasaan.

Attachments

Attachments

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.