Misi Saintis: Menyiasat Keadaan Jirim

Deskripsi

Aktiviti ini menggabungkan kemahiran pemerhatian, penyiasatan saintifik dan pembentangan digital melalui penggunaan teknologi Apple. Bahan pembelajaran ini direka khas menggunakan iPad bagi memanfaatkan ruang kerja yang lebih luas semasa proses pembangunan kandungan, namun ia turut dioptimumkan untuk digunakan pada iPad agar murid dapat menjalankan aktiviti secara interaktif dalam pelbagai persekitaran pembelajaran.

Dalam aktiviti ini, murid meneroka konsep keadaan jirim melalui pemerhatian objek di sekeliling mereka, eksperimen mudah serta penggunaan teknologi digital. Murid mengenal pasti ciri-ciri pepejal, cecair dan gas, membandingkan sifat setiap keadaan jirim, serta menghubungkaitkan konsep tersebut dengan situasi kehidupan harian.

Melalui penggunaan Camera, Freeform dan Keynote murid dapat mengembangkan kemahiran penyiasatan saintifik, komunikasi, kreativiti, kolaborasi dan pemikiran kritis sambil membina pemahaman yang lebih mendalam terhadap konsep keadaan jirim.

Subjek

Sains

Tahap

Tingkatan 1 (Menengah Rendah)

Tema

Penyiasatan Saintifik

Topik

Bab 5: Jirim

Subtopik

5.1 Keadaan Jirim

Area Fokus

Pemerhatian Saintifik, Pengelasan dan Pembentangan Digital

Objektif Pembelajaran

Murid dapat:

  • Mengenal pasti tiga keadaan jirim iaitu pepejal, cecair dan gas.
  • Membandingkan ciri-ciri setiap keadaan jirim berdasarkan bentuk, isipadu dan susunan zarah.
  • Mengelaskan objek harian mengikut keadaan jirim.
  • Menghasilkan pembentangan digital menggunakan Keynote.

Aliran Pembelajaran

Engage: Mengaktifkan Pengetahuan Sedia Ada

Guru memaparkan beberapa objek harian seperti ais, air minuman dan belon berisi udara.

Murid:

  • memerhati objek yang dipaparkan;
  • berbincang tentang persamaan dan perbezaan antara objek tersebut; dan
  • berkongsi pengetahuan sedia ada mengenai pepejal, cecair dan gas.

Explore: Menyiasat Keadaan Jirim

Murid menjalankan aktiviti pemerhatian menggunakan objek sebenar atau imej yang disediakan.

Murid:

  • mengenal pasti keadaan jirim bagi setiap objek;
  • membandingkan sifat pepejal, cecair dan gas;
  • merekod pemerhatian menggunakan Freeform; dan
  • berbincang tentang bagaimana zarah-zarah tersusun dalam setiap keadaan jirim.

Create: Menghubungkaitkan Jirim dengan Kehidupan Harian

Murid menggunakan camera iPad untuk mengambil gambar objek di dalam atau sekitar sekolah yang mewakili setiap keadaan jirim dan gunakan keynote untuk menjelaskan.

Murid:

  • mengelaskan objek kepada pepejal, cecair atau gas;
  • menerangkan sebab pengelasan tersebut berdasarkan ciri-ciri jirim;
  • menyusun dapatan dalam Keynote dengan gambar dan penerangan; dan
  • membuat rumusan tentang kepentingan memahami keadaan jirim dalam kehidupan harian.

 

Share and Collaborate

Murid menghasilkan slaid pembentangan menggunakan Keynote dan mempersembahkan hasil penyiasatan melalui rakaman skrin.

Murid:

  • menerangkan contoh-contoh keadaan jirim yang ditemui;
  • membandingkan ciri-ciri setiap keadaan jirim;
  • menyampaikan dapatan secara jelas dan tersusun; dan
  • berkongsi hasil pembentangan dengan rakan sekelas untuk menerima maklum balas.

Penutup

Melalui penggunaan Camera, Freeform dan Keynote murid bukan sahaja memahami konsep keadaan jirim melalui pengalaman pembelajaran secara hands-on, malah dapat mengembangkan kemahiran penyiasatan saintifik, komunikasi, kreativiti dan pemikiran kritis. Pendekatan ini membantu murid menghubungkaitkan konsep sains dengan situasi kehidupan sebenar serta menjadikan pembelajaran lebih autentik dan bermakna.

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.