Cabaran : Pengetahuan asas mengenai tangen kepada lengkung adalah penting untuk murid memahami konsep asas Pembezaan peringkat pertama.
Mata Pelajaran : Matematik Tambahan
Umur : 17 tahun
Tahap : Tingkatan 5
Kurikulum : KSSM
Tema : Kalkulus
Bab : Bab 2 Pembezaan
Standard Pembelajaran : Menentukan terbitan pertama suatu fungsi f(x) melalui pembezaan dengan prinsip pertama.
Kriteria Kejayaan :
- Melukis garis tangen pada suatu lengkung dengan betul.
- Menjelaskan bahawa setiap titik pada lengkung mempunyai kecerunan tangen yang berbeza.
Soalan Utama
Bagaimana kita boleh menggunakan keynote untuk mevisualisasikan tangen kepada lengkung.
Cabaran
Guru menghadapi masalah menerangkan konsep mencari terbitan pertama dengan menggunakan prinsip pertama yang melibatkan pengetahuan asas seperti tangen kepada lengkung dan mencari kecerunan kepada tangen tersebut.
Apa yang murid buat
Pengalaman menggunakan keynote
- Murid akan menggunakan keynote untuk melengkapkan tugasan mereka.
- Murid juga akan menggunakan kemudahan screen recording untuk merekod penyelesaian yang dibuat.
Aplikasi Apple:
Keynote
- Bahan sumber untuk guru
- bahan latihan untuk murid
Screen Recording / iMovie
- Murid merakam penyelesaian untuk dimasukkan dalam keynote.

Attach up to 5 files which will be available for other members to download.