PEMBELAJARAN INTERAKTIF PERMINTAAN DAN PENAWARAN MENGGUNAKAN APPLE KEYNOTE

Aktiviti ini menggunakan Apple Keynote bagi membantu murid memahami konsep Penawaran dan Permintaan melalui pembelajaran interaktif dan berasaskan penerokaan. Murid akan meneroka situasi ekonomi harian seperti perubahan harga, pendapatan pengguna dan kos pengeluaran menggunakan slaid interaktif yang dibina dengan fungsi Magic Move, Build In dalam Keynote.

SPendekatan ini menggalakkan pembelajaran aktif, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran menganalisis data dan literasi digital. Murid bukan sahaja memahami teori ekonomi, malah dapat memvisualisasikan perubahan pada graf melalui penggunaan teknologi Apple secara interaktif.

Subjek:

Ekonomi

Tahap:

Tingkatan 4 (Menengah Atas)

Tema:

Penawaran dan Permintaan

Standard Kandungan:

2.1 Permintaan dan Penawaran

Objektif pembelajaran:

Menjelaskan hukum permintaan dan hukum penawaran.

Membina dan mentafsir graf menggunakan Keynote.

Aliran Pembelajaran

Guru memaparkan gambar ayam dan telefon pintar menggunakan Apple Keynote.


Murid berbincang mengapa harga barang tersebut berubah mengikut keadaan pasaran.

 

Guru menggunakan slaid interaktif Keynote dengan animasi Magic Move untuk menunjukkan perubahan harga dan pergerakan sepanjang keluk permintaan.

Murid diberikan data harga dan kuantiti.

Murid membina graf penawaran dan permintaan secara automatik.

 

Penutup

Murid membandingkan graf yang dihasilkan.

Murid membincangkan bagaimana perubahan faktor seperti pendapatan, kos pengeluaran atau cita rasa pengguna mempengaruhi keseimbangan pasaran.

Guru membuat rumusan dan mengaitkan pembelajaran dengan situasi ekonomi semasa.

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.