Teknologi Pembuatan: Dari Pemerhatian kepada Pemahaman

Mata Pelajaran: Reka Bentuk dan Teknologi

Tingkatan: 2

Tempoh: 80 minit

Standard Kandungan: 2.1 Teknologi Pembuatan

Standard Pembelajaran: 2.1.1 Mengenal pasti teknologi pembuatan produk

Model Pembelajaran: 5E — Engage, Explore, Explain, Elaborate, Evaluate

Apple Tools: Keynote, Freeform, Pages


Lesson Overview

Dalam pembelajaran ini, murid meneroka bagaimana sesuatu produk boleh dihasilkan menggunakan kaedah yang berbeza.

Pembelajaran bermula dengan pemerhatian terhadap dua proses menghasilkan produk yang sama. Murid kemudian menggunakan Freeform untuk meneroka, mengelaskan dan berkongsi pemikiran mereka sebelum guru memperkenalkan konsep teknologi pembuatan konvensional dan moden.

Pada akhir pembelajaran, murid menggunakan Pages untuk menunjukkan kefahaman secara individu.


Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran, murid dapat mengenal pasti sekurang-kurangnya 4 daripada 5 contoh teknologi pembuatan produk dengan betul.


Kriteria Kejayaan

Saya boleh mengenal pasti sekurang-kurangnya 4 daripada 5 contoh teknologi pembuatan sebagai kaedah konvensional atau kaedah moden dengan betul.


1. ENGAGE — See & Wonder

10 minit | Keynote


Aktiviti

  • Guru memaparkan video pendek melalui Keynote.
  • Video menunjukkan produk yang sama dihasilkan menggunakan dua proses berbeza.
  • Contoh:
  • sulaman menggunakan tangan berbanding mesin sulaman berkomputer; atau
  • ukiran kayu menggunakan pahat berbanding mesin CNC.
  • Video tidak mempunyai label “Konvensional” atau “Moden”.
  • Murid memerhatikan kedua-dua proses tanpa diberikan penerangan tentang konsep terlebih dahulu.
  • Guru mengemukakan soalan pencetus:
  • Apakah yang kamu perhatikan?
  • Apakah persamaan antara kedua-dua proses?
  • Apakah perbezaannya?
  • Apakah peralatan yang digunakan?
  • Mengapa cara menghasilkan produk tersebut berbeza?
  • Murid berkongsi pemerhatian dan membuat jangkaan awal.


Mengapa Keynote?

Keynote digunakan untuk menghasilkan pengalaman visual yang memfokuskan perhatian murid kepada perbezaan proses, bukan sekadar menyampaikan nota.


Hasil pembelajaran sementara:

Murid mula menyedari bahawa produk yang sama boleh dihasilkan menggunakan proses dan peralatan yang berbeza.


2. EXPLORE — Sort, Think & Collaborate

20 minit | Freeform


Aktiviti

  • Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
  • Setiap kumpulan menerima satu papan Freeform yang mengandungi gambar pelbagai proses pembuatan.
  • Contohnya:
  • anyaman;
  • ukiran tangan;
  • pembuatan tembikar;
  • jahitan;
  • mesin CNC;
  • pencetak 3D;
  • pemotongan laser;
  • robot industri.
  • Guru tidak menyediakan kategori “Konvensional” dan “Moden”.
  • Papan hanya menyediakan:


KUMPULAN A

Apakah persamaan gambar-gambar ini?

KUMPULAN B

Apakah persamaan gambar-gambar ini?

  • Murid menggunakan fungsi drag and drop dalam Freeform untuk mengelaskan gambar.
  • Murid menambah sticky note untuk mencatat sebab pengelasan.
  • Murid berbincang dan boleh mengubah kedudukan gambar berdasarkan persetujuan kumpulan.
  • Guru bergerak antara kumpulan dan bertanya:
  • Mengapa kamu meletakkan gambar ini di sini?
  • Apakah persamaan antara gambar tersebut?
  • Siapakah yang mengawal proses ini?
  • Apakah peralatan yang digunakan?


Mengapa Freeform?

Freeform menjadikan pemikiran murid kelihatan. Murid bukan sekadar memilih jawapan tetapi menyusun, mengelaskan, berbincang dan mengubah pemikiran mereka secara kolaboratif.


Student Evidence:

Screenshot papan Freeform sebelum penerangan guru boleh digunakan sebagai bukti pemikiran awal murid.


3. EXPLAIN — Make Meaning

20 minit | Freeform + Keynote


Aktiviti

  • Beberapa kumpulan memaparkan papan Freeform mereka.
  • Murid menerangkan rasional di sebalik pengelasan.
  • Guru membandingkan idea daripada beberapa kumpulan.
  • Berdasarkan dapatan murid, guru memperkenalkan dua istilah:


Kaedah Konvensional

→ banyak bergantung kepada kemahiran dan tenaga manusia.

Kaedah Moden

→ menggunakan mesin dan teknologi dalam proses penghasilan.

  • Guru menggunakan Keynote untuk menunjukkan contoh dan ciri kedua-dua kaedah secara visual.
  • Murid kembali ke papan Freeform.
  • Murid menyemak pengelasan awal.
  • Murid memindahkan gambar yang salah jika perlu.
  • Murid menukar tajuk Kumpulan A / Kumpulan B kepada Kaedah Konvensional / Kaedah Moden setelah konsep difahami.


Mengapa Keynote + Freeform?

Keynote membantu guru membina konsep secara visual, manakala Freeform membolehkan murid melihat perubahan antara:

“Apa yang kami fikir pada awalnya” → “Apa yang kami faham sekarang.”

Ini menghasilkan evidens perkembangan pemikiran murid, bukan sekadar jawapan akhir.


4. ELABORATE — Apply & Justify

20 minit | Freeform

Sekarang guru memberikan contoh baharu yang tidak terdapat dalam Explore.


Aktiviti

  • Setiap kumpulan menerima lima contoh baharu.
  • Contohnya:
  • batik canting;
  • mesin pemotongan fabrik automatik;
  • pembuatan pasu secara manual;
  • mesin injection moulding;
  • robot pemasangan.
  • Murid menentukan sama ada proses tersebut merupakan:
  • Kaedah Konvensional, atau
  • Kaedah Moden.
  • Murid melakukan drag and drop setiap gambar ke kategori yang sesuai.
  • Bagi setiap pilihan, murid menambah sticky note:


Kami memilih ______ kerana ______.

  • Murid membandingkan jawapan dengan kumpulan lain.
  • Setiap kumpulan mempertahankan sekurang-kurangnya satu pilihan mereka.
  • Guru memberikan maklum balas dan membetulkan miskonsepsi.


Mengapa Freeform?

Pada Explore, Freeform digunakan untuk meneroka.

Pada Elaborate, Freeform digunakan untuk mengaplikasikan dan memberikan justifikasi.

Ini menunjukkan perkembangan daripada:

Notice → Sort → Understand → Apply → Justify


5. EVALUATE — Show What You Know

10 minit | Pages


Fasa terakhir dilakukan secara individu, bukan berkumpulan.


Aktiviti

  • Setiap murid membuka template Pages yang telah disediakan guru.
  • Template mengandungi 5 gambar baharu proses/produk pembuatan.
  • Bagi setiap gambar, murid menentukan:

Kaedah Konvensional ☐

Kaedah Moden ☐

  • Murid menulis sebab ringkas bagi pilihan mereka.
  • Murid melengkapkan refleksi:


Hari ini saya belajar bahawa…

  • Murid menghantar dokumen Pages atau mengeksportnya sebagai PDF.
  • Guru menilai berdasarkan kriteria kejayaan.


Mengapa Pages?

Pages digunakan sebagai individual learning artifact.

Freeform menunjukkan proses pemikiran secara kolaboratif, manakala Pages memberikan bukti bahawa setiap murid secara individu telah mencapai objektif pembelajaran.


Assessment

5/5 — Melebihi kriteria kejayaan

4/5 — Objektif tercapai

0–3/5 — Memerlukan bimbingan lanjut

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.