Menghidupkan Pembelajaran Kata Adjektif dengan Teknologi Apple
Dalam PdP Bahasa Melayu Tingkatan 2, murid meneroka topik Kata Adjektif melalui pengalaman pembelajaran yang interaktif menggunakan iPad dan aplikasi Apple.
Murid menggunakan Keynote untuk membina slaid yang mengandungi gambar, kata adjektif dan ayat lengkap. Melalui Freeform, mereka mengelaskan kata adjektif kepada empat kategori iaitu sifatan, ukuran, jarak dan pancaindera secara kolaboratif. Seterusnya, murid menggunakan aplikasi Camera untuk merakam objek di persekitaran sekolah dan menerangkan objek tersebut menggunakan kata adjektif yang sesuai. Hasil kerja dikongsi menggunakan AirPlay untuk sesi pembentangan dan maklum balas rakan sebaya.
Pendekatan ini menggalakkan murid berfikir secara kritis, berkolaborasi, berkomunikasi dan menghasilkan pembelajaran yang kreatif. Teknologi Apple bukan sekadar alat digital, malah menjadi medium yang membantu murid menghubungkan konsep tatabahasa dengan situasi kehidupan sebenar.
Attach up to 5 files which will be available for other members to download.