MISI DETEKTIF WARNA

1) DESKRIPSI: Misi Detektif Warna merupakan aktiviti PdP Pendidikan Seni Visual Pendidikan Khas Tingkatan 2 yang direka bentuk menggunakan aplikasi Apple. Murid mempelajari konsep warna asas melalui pembelajaran interaktif dalam Keynote yang mengandungi animasi, visual dan kuiz ringkas. Seterusnya, murid menjalankan misi mencari objek berwarna merah, biru dan kuning di sekitar sekolah menggunakan kamera iPad. Hasil penerokaan direkod dan disusun dalam Freeform sebelum dikongsikan bersama guru dan rakan.

2) SUBJEK: Pendidikan Seni Visual Pendidikan Khas

3) TAHAP: Sekolah Menengah Pendidikan Khas, Tingkatan 2

4) TOPIK: 1.5 Warna

5)Standard Pembelajaran: 1.5.2(i) Mengenal warna asas

6) AREA FOKUS: Persepsi Seni

7) ELEMEN MERENTAS KURIKULUM: Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kreativiti dan Inovasi, Nilai Murni

8) OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

  1. Mengenal pasti tiga warna asas iaitu merah, biru dan kuning.
  2. Mengelaskan objek mengikut warna asas.
  3. Menggunakan iPad untuk meneroka dan mendokumentasikan warna asas dalam persekitaran sekolah.

9) ALIRAN PEMBELAJARAN:

  • Set Induksi (Keynote)

Guru memaparkan slaid “Misi Detektif Warna Bermula” bagi memperkenalkan jalan cerita pembelajaran. Murid diminta membantu mencari warna asas yang terdapat di persekitaran sekolah.

  • Langkah 1 (Keynote)

Guru menerangkan tiga warna asas melalui slaid interaktif. Setiap warna dipersembahkan bersama contoh objek harian seperti epal, kereta, bunga raya, langit, laut, matahari dan pisang. Animasi digunakan bagi menarik perhatian murid.

Warna Asas
Penerangan Warna Asas (Merah, Biru, dan Kuning)

Warna Asas: Merah
Penerangan Objek Berwarna Merah


  • Langkah 2 (Keynote)

Murid menjawab kuiz padanan objek dengan warna yang betul sebagai aktiviti pengukuhan.

Soalan Kuiz
Soalan Kuiz Uji Kefahaman


  • Langkah 3 (Camera + Freeform)

Murid mengambil gambar objek berwarna merah, biru dan kuning di sekitar sekolah menggunakan kamera iPad. Gambar dimasukkan ke dalam template Freeform dan disusun mengikut kategori warna sebelum dibentangkan kepada rakan. 

Aktiviti Eksplorasi
App Freeform: Misi Detektif Warna

10) KREATIVITI DENGAN APPLE:

  • Keynote digunakan untuk menghasilkan pembelajaran interaktif melalui animasi, visual dan kuiz.
  • Camera digunakan bagi merakam objek sebenar dalam persekitaran sekolah.
  • Freeform digunakan sebagai papan kolaboratif digital untuk mengumpul, menyusun dan membentangkan hasil penerokaan murid.

11) IMPAK PEMBELAJARAN:

Aktiviti ini membantu murid Pendidikan Khas memahami konsep warna asas secara visual dan kontekstual. Murid bukan sahaja mengenal warna melalui slaid, malah mengaplikasikan pengetahuan tersebut dengan meneroka persekitaran sebenar, seterusnya menghasilkan dokumentasi digital menggunakan iPad.

12) REFLEKSI GURU:

Penggunaan aplikasi Keynote dan Freeform berjaya mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan berpusatkan murid. Murid dapat mengenal pasti warna asas melalui visual, animasi dan aktiviti kuiz sebelum mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi sebenar dengan meneroka persekitaran sekolah. Aktiviti mendokumentasikan hasil dalam Freeform membantu murid menyusun maklumat secara sistematik serta meningkatkan keyakinan semasa berkongsi hasil pembelajaran. Pada masa akan datang, aktiviti boleh diperkaya dengan cabaran tambahan seperti mengenal pasti lebih banyak contoh objek atau mengintegrasikan aplikasi Apple lain bagi meningkatkan lagi pengalaman pembelajaran

Attachments

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.