Dalam pengalaman pembelajaran kali ini, saya mereka bentuk satu aktiviti interaktif Matematik Tahun 1 menggunakan Keynote, dengan tema “Kembara Safari Haiwan”.
Aktiviti ini dibina berdasarkan pendekatan 5E Learning Model dan mengintegrasikan beberapa ciri serta aplikasi Apple bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan berpusatkan murid.
📸 Engage – Tarik Minat
Murid menggunakan aplikasi Camera untuk mencari gambar haiwan yang ditampal di sekitar kelas. Mereka kemudiannya menunjukkan hasil penemuan kepada guru melalui Photos atau Keynote.
🔎 Explore – Meneroka
Murid menekan Memoji untuk mendengar arahan dan membaca nombor bersama-sama guru melalui slaid Keynote. Mereka juga boleh meneroka nombor menggunakan Image Gallery.
✏️ Explain – Menerangkan
Dengan menggunakan Apple Pencil, murid menulis nombor secara terus pada ruang yang disediakan dalam Keynote.
🧩 Elaborate – Mengembangkan Pemahaman
Murid bermain aktiviti Drag & Drop dengan menggunakan jari atau Apple Pencil untuk memadankan nombor yang betul.
🎙️ Evaluate – Membuat Refleksi
Murid berkongsi perkara yang telah dipelajari dan menyatakan perasaan mereka terhadap pembelajaran menggunakan fungsi Record Audio dalam Keynote.
Apa yang menarik bagi saya ialah teknologi tidak lagi sekadar digunakan untuk memaparkan bahan pembelajaran. iPad menjadi alat yang membolehkan murid meneroka, berinteraksi, mencipta dan menyuarakan idea mereka sendiri.
Pengalaman ini mengingatkan saya bahawa topik Matematik yang mudah seperti nombor juga boleh menjadi satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan apabila pedagogi, kreativiti dan teknologi digabungkan dengan tujuan yang jelas.
🍎 Teknologi bukanlah pembelajaran itu sendiri. Teknologi ialah alat yang membantu kita mencipta pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna.
#AppleLearningCoach #AppleTeacher #Keynote #iPadDalamPendidikan #Matematik #Tahun1 #PembelajaranBerpusatkanMurid #5E #EveryoneCanCreate





Attach up to 5 files which will be available for other members to download.