MENINGKATKAN KEFAHAMAN SOLAT SUNAT TASBIH MENGGUNAKAN APLIKASI NUMBERS

Deskripsi

Dalam aktiviti ini, pelajar akan menghasilkan video atau animasi amali solat menggunakan iPad menggunakan aplikasi Keynote dan iMovie. Selain itu, pelajar boleh rekod jumlah tasbih bagi setiap gerakan dalam solat menggunakan Numbers.

Eksplorasi ini merangkumi:-

Bacaan Tasbih dalam solat - Bilangan Tasbih bagi setiap peralihan pergerakan dalam solat’

Amali Solat      : Tunjuk cara solat sunat tasbih

Subjek             : Pendidikan Islam

Tahap              : Sekolah Menengah (Menengah Atas)

Tema               : Ibadah

Tajuk               : Pelajaran 11, Unit 2 : Solat Sunat Tasbih 

Bidang Fokus : Kefahaman solat sunat tasbih

Elemen merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Tagging.        : Malaysia Secondary School, Age 16-17, ipad

Objektif Pembelajaran :-

Murid akan dapat:-

  • Menerangkan kaifiat solat sunat Sunat Tasbih (4.25.3) 


Langkah Pengajaran

Langkah 1 : Kefahaman tentang solat sunat Tasbih (Numbers)

  • Pelajar dibekalkan dengan nota berkaitan solat sunat tasbih dalam aplikasi Numbers.
  • Pelajar dapat menonton video pelaksanaan solat sunat tasbih.

 

Langkah 2 : Pengukuhan 1 (Numbers)

  • Seterusnya, pelajar akan merekod suara menggunakan rekod audio dalam Numbers.
  • Pelajar perlu memasukkan jumlah tasbih bagi setiap rakaat mengikut pergerakan solat dalam Table di Numbers tersebut

 


Langkah 3 : Pengukuhan 2 (Numbers)

  • Daripada data jumlah tasbih yang dimasukkan, pelajar dikehendaki untuk menyediakan carta yang sesuai. 
  • Carta tersebut hendaklah dimuatnaik ke dalam ruangan yang disediakan 

Kreativiti Dengan Apple:-

  • Numbers digunakan untuk memastikan jumlah tasbih yang dimasukkan adalah betul 
  • Numbers juga dapat memudahkan untuk memuatnaik suara yang telah direkod menggunakan rekod audio.
  • Carta yang dihasilkan memudahkan penilaian dengan cepat dan tepat.

Impak Pembelajaran:-

  • Meningkatkan fokus serta minat murid terhadap pembelajaran amali ibadah.
  • Membantu murid mengingat bacaan dan bilangan tasbih pada setiap pergerakan solat
  • Mengukuhkan pembelajaran visual melalui video animasi dan auditori.

Refleksi Guru

Penggunaan aplikasi Numbers, dalam pengajaran amali solat sunat tasbih mampu meningkatkan tahap penguasaan murid daripada aspek pengetahuan, kemahiran dan penghayatan ibadah. Murid bukan sahaja dapat memaahami tatacara solat dengan lebih jelas, malah mampu melakukan refleksi kendiri melalui rakaman video suara serta membuat penilaian secara sistematik menggunakan teknologi digital.





Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.