Pengenalan:
Menghidupkan kesedaran sivik (Rukun Negara: Kesopanan dan Kesusilaan) dalam era digital melalui penghasilan kandungan kreatif. Dalam projek ini, murid-murid saya di tingkatan 6 (Pengajian Am) meneroka isu etika media sosial, merakam ulasan kritis menggunakan Voice Memos, dan menghidupkannya dengan animasi emoji minimalis bersaiz 16:9 di Keynote untuk dijadikan video podcast pendek 1 minit.
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Mata Pelajaran: Pengajian Am
(Tema: Komunikasi Digital & Etika Siber / Cabaran Pembinaan Negara Bangsa)
Tahap/Tingkatan: Tingkatan 6
Masa: 60 Minit (1 Jam)
Topik: Etika dan Adab Berkomunikasi dalam Media Sosial (Kesopanan dan Kesusilaan Digital)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menilai implikasi bahasa negatif di media sosial terhadap keharmonian masyarakat.
2. Menghasilkan satu video cetusan minda siber (podcast pendek) berdurasi 1 minit mengikut skrip yang dirancang.
3. Mengintegrasikan aplikasi Voice Memos dan Keynote untuk menghasilkan bahan multimedia kreatif.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) / Alatan Teknologi:
iPad / Mac / Peranti iOS
Aplikasi: Voice Memos (Rakaman audio) & Keynote (Penyuntingan visual dan animasi emoji)
Paparan Gambar Latar Belakang Studio (Horizontal Layout
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran (PdPC)
1. Set Induksi (5 Minit)
Guru memaparkan gambar latar belakang studio podcast siber pada skrin utama.
Guru membacakan Hook pertama daripada skrip: "Buka telefon, skrol media sosial, tengok ruangan komen... Hurm, kadang-kadang boleh pening kepala dibuatnya. Betul tak?"
Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengalaman mereka melihat komen negatif ("pahit ditelan") atau akaun palsu di platform digital masa kini.
2. Langkah 1: Penyelidikan & Analisis Isu (15 Minit)
Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil
Setiap kumpulan membincangkan komponen idea dan huraian yang berlaku sekiranya nilai Rukun Negara (Kesopanan dan Kesusilaan) diabaikan dalam dunia siber.
Murid meneliti draf skrip 1 minit yang disediakan sebagai panduan asas mesej teras.
3. Langkah 2: Rakaman Audio - "Voice Memos" (15 Minit)
Murid menggunakan aplikasi Voice Memos untuk merakam suara bagi skrip tersebut.
Guru membimbing murid dari segi intonasi: penyampaian harus bersahaja, tegas tetapi santai (gaya Gen Z talk), serta memberikan jeda (pause) 1-2 saat di antara bahagian teks untuk penyelarasan visual kemudian.
Fail audio yang siap disimpan terus ke dalam aplikasi Files.
4. Langkah 3: Animasi Visual - "Keynote" (15 Minit)
Murid membuka aplikasi Keynote dengan susun atur horizontal (landskap) dan memasukkan gambar studio sebagai latar belakang.
Murid memasukkan fail audio daripada Voice Memos ke dalam slaid.
Murid membina penceritaan visual secara minimalis dengan memasukkan siri Emoji mengikut urutan kronologi skrip (Contoh: 📱 \ 🤬 \ 🧠 \ 👍).
Murid menggunakan ciri Keynote Animation (Build In / Action / Build Out) untuk mengerakkan emoji selaras dengan bunyi audio.
5. Penutup & Refleksi (10 Minit)
Guru membuat kesimpulan tentang impak "Maruah Digital" dan kepentingan menyebarkan perkara positif.
Tugasan Lanjutan: Video yang terbaik dimuat naik ke saluran projek media sekolah (seperti projek kelab) atau perkongsian amalan terbaik guru di Apple Education Community.
Refleksi Guru:
(Diisi selepas sesi PdPC untuk melihat tahap penguasaan integrasi digital murid dan pemahaman mereka mengenai nilai sivik siber).
Attach up to 5 files which will be available for other members to download.