Murid mempelajari perjalanan bunyi ke telinga dan memahami bahawa bunyi terhasil daripada getaran. Melalui pendekatan 5E (Engage, Explore, Explain, Elaborate dan Evaluate), murid meneroka bagaimana getaran bunyi menyebabkan gegendang telinga bergetar, bergerak melalui telinga hingga ke koklea, seterusnya diterima oleh sel deria dan ditafsir oleh otak.
Murid turut mengenal pasti bunyi yang selamat dan berbahaya kepada pendengaran melalui aktiviti kad situasi, perbincangan kumpulan dan penghasilan poster. Pada akhir pembelajaran, murid dapat mencadangkan cara-cara melindungi pendengaran dan mengurangkan kesan bunyi yang terlalu kuat.

Attach up to 5 files which will be available for other members to download.