Masihkah Ada Harapan? – Meningkatkan Kesedaran Alam Sekitar Melalui AR dan Perbincangan Kolaboratif

Deskripsi:

Aktiviti ini menggabungkan kesedaran alam sekitar dan teknologi melalui pendekatan Challenge Based Learning (CBL). Murid meneroka isu kepupusan Badak Sumbu Sumatera menggunakan video interaktif, teknologi Augmented Reality (AR) dan perbincangan kolaboratif. Melalui pengalaman pembelajaran yang autentik, murid mengenal pasti faktor dan kesan kepupusan spesies ini serta menghubungkaitkannya dengan kepentingan pemuliharaan hidupan liar. Aktiviti penerokaan AR membolehkan murid memerhati ciri fizikal dan habitat badak sumbu dengan lebih dekat, manakala perbincangan berkumpulan memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi pandangan, membina hujah dan menyampaikan idea secara berkesan. Dengan menggunakan Pages, AR dan Camera, murid bukan sahaja meningkatkan kefahaman terhadap isu alam sekitar, malah mengembangkan kemahiran komunikasi, kolaborasi dan pemikiran kritis dalam konteks dunia sebenar.

Subjek:

Bahasa Melayu

Tahap:

Tingkatan 3 (Menengah Rendah)

Tema :

Tema 11, Alam Anugerah Terindah

Topik:

Masih Adakah Harapan?

Area Fokus:

Kemahiran Bertutur dan Pemikiran Kritis

Elemen Merentas Kurikulum:

  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
  • Kelestarian Alam Sekitar
  • Kemahiran Komunikasi
  • Kemahiran Berfikir Kritis

Objektif Pembelajaran:

• Mengenal pasti sekurang-kurangnya empat faktor kepupusan badak sumbu Sumatera;

• Menjelaskan sekurang-kurangnya empat kesan kepupusan badak sumbu Sumatera terhadap alam sekitar;

• Menghasilkan rakaman perbincangan yang menunjukkan kefahaman terhadap isu kepupusan badak sumbu Sumatera.

Aliran Pembelajaran:

Meneroka Melalui AR

Murid meneroka model 3D Badak Sumbu Sumatera menggunakan teknologi AR pada iPad untuk mengenali ciri fizikal dan habitatnya.

Murid:

• memerhati ciri fizikal badak sumbu;

• mengenal pasti habitat semula jadinya; dan

• menjawab soalan panduan yang disediakan guru.

 Explore: Mengaktifkan Pengetahuan dan Membina Kefahaman

Murid menonton video ringkas yang dibina menggunakan Keynote berkaitan faktor kepupusan Badak Sumbu Sumatera.

Murid:

• menjawab soalan guru;

• berkongsi pengetahuan sedia ada; dan

• berbincang tentang kepentingan melindungi haiwan yang terancam.

Create: Mengenal Pasti Faktor dan Kesan Kepupusan 

Berdasarkan video dan penerokaan AR, murid mengenal pasti faktor dan kesan kepupusan Badak Sumbu Sumatera menggunakan modul Pages.

Murid:

• menulis faktor kepupusan;

• menjelaskan kesan kepupusan terhadap alam sekitar; dan

• menggunakan ayat yang lengkap dan jelas.

Share and Collaborate 

Dalam kumpulan 2 hingga 3 orang, murid membincangkan faktor dan kesan kepupusan Badak Sumbu Sumatera.

Murid:

• berkongsi pandangan dan idea;

• memberikan justifikasi terhadap jawapan mereka; dan

• merekodkan perbincangan menggunakan aplikasi Camera.

Penutup

Melalui penggunaan Pages, AR dan Camera, murid dapat memahami isu kepupusan badak sumbu Sumatera secara lebih mendalam sambil mengembangkan kemahiran komunikasi, kolaborasi dan pemikiran kritis dalam konteks dunia sebenar.


 

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.