"Jejak Sumber Bahan" - Eksplorasi Digital menggunakan iPad.

Bahan ini merupakan sumber pembelajaran digital bagi mata pelajaran Sains Tahun 4 yang memberi fokus kepada tajuk Sumber Asas Bahan. Bahan direka untuk membantu murid memahami bahawa bahan yang digunakan dalam kehidupan seharian mempunyai sumber asas tertentu seperti tumbuhan, haiwan, batuan dan petroleum.

Aktiviti pembelajaran disusun secara berperingkat dengan pendekatan 5E Learning Design iaitu Engage, Explore, Explain, Elaborate dan Evaluate. Murid digalakkan meneroka, mengenal pasti, mengelaskan dan membuat perkaitan antara objek harian dengan sumber asasnya melalui aktiviti digital yang interaktif.

Penggunaan iPad dan aplikasi digital membolehkan pembelajaran dilaksanakan secara lebih aktif, visual dan berpusatkan murid. Murid bukan sahaja menerima maklumat, tetapi turut menjalankan aktiviti digital sorting, pemerhatian, perbincangan, penghasilan bahan digital dan pentaksiran bagi menunjukkan kefahaman mereka.

Bahan ini sesuai digunakan sebagai teaching resource, lesson activity dan digital learning material untuk menyokong pembelajaran Sains yang lebih menarik, interaktif dan bermakna.

Subjek : Sains Tahun 4.

Masa : 1 jam/ 60 minit.

Standard Kandungan : 8.1 Sumber Asas Bahan.

Standard Pembelajaran : 8.1.1 Menjelaskan melalui contoh sumber asas bagi bahan yang digunakan untuk membuat objek.

Objektif :

Di akhir pembelajaran, murid dapat :

1.Mengenal pasti sumber asas bagi sekurang-kurangnya 4 daripada 8 objek yang diberikan.

Langkah - langkah Pengajaran dan Pembelajaran :

SET INDUKSI — ENGAGE

(5 minit)

“Apakah sumber bahan itu?”

Aplikasi Apple : Keynote.

  1. Guru menyediakan satu slaid Keynote yang memaparkan 4 gambar objek secara misteri. Contoh : meja kayu, baju kapas, kasut kulit dan botol plastik. Tetapi sumber asal cikgu tidak tunjukkan.
  2. Guru bertanya : “ Lihat objek-objek ini, Apakah bahan yang digunakan untuk membuatnya?”.

AKTIVITI 1 — ENGAGE

(10 minit)

“Detektif Bahan”

Aplikasi : Keynote dan Kamera.

  1. Guru menunjukkan satu gambar besar contohnya botol plastik.
  2. Murid menggunakan fungsi Kamera pada iPad untuk melihat objek di sekeliling mereka dan mencari contoh bahan yang sama. Murid mengambil satu gambar menggunakan Kamera. Kemudian guru bertanya soalan: Apakah bahan untuk membuat objek itu? Dari manakah bahan itu boleh didapati?

AKTIVITI 2 — EXPLORE

(15 minit)

“Detektif Bahan”

Aplikasi : Freeform.

  1. Guru menyediakan satu Freeform Board yang mempunyai 4 bahagian :
  2. A. Tumbuhan.
  3. B. Haiwan.
  4. C. Batuan.
  5. D.Petroleum.

Di bahagian bawah terdapat perkataan objek yang boleh dialihkan :

Contoh:

Kertas

Kulit

Bulu

Sutera

Batu

Kaca

Logam

Plastik

Petrol

Nilon

  1. Guru memberi arahan kepada murid.

“Tarik setiap objek tersebut kepada sumber bahan yang betul .”

  1. Murid menggunakan jari mereka untuk tarik dan letak setiap objek ke kumpulan yang betul. Selepas selesai, murid perlu memilih dua objek dan menulis sebab seperti:

“Saya meletakkan meja kayu di dalam kumpulan bahan tumbuhan kerana ianya keras, berwarna coklat dan mempunyai corak seperti kayu.”

AKTIVITI 3 — EXPLAIN

(10 minit)

“Aku sebagai Guru”.

Aplikasi : Keynote.

  1. Guru meminta murid berlakon sebagai guru. Setiap kumpulan diberikan satu sumber asas :

a) Kumpulan 1 : Tumbuhan.

b) Kumpulan 2 : Haiwan.

c) Kumpulan 3 : Batuan.

d)Kumpulan 4 : Petroleum.

2.Murid diberikan satu Keynote template.

Contoh: Sumber Asas : Tumbuhan.

Berikan contoh objek Sumber Asas Tumbuhan.

Contoh objek :

1.____________________________. 4._____________________________

2.____________________________. 5._____________________________

  1. Guru menerangkan murid boleh menggunakan Safari untuk mencari maklumat ringkas.

Kemudian, setiap kumpulan membuat 1-minit persembahan digital menggunakan Keynote.

Guru membetulkan konsep dan menekankan :

objek - bahan - sumber bahan

AKTIVITI 4 — ELABORATE

(10 minit)

“Mereka cipta produk sendiri”.

Aplikasi : Keynote.

  1. Guru memberikan cabaran :

“Kamu sebagai seorang pereka produk.Reka satu beg sekolah dengan menggunakan bahan-bahan daripada sekurang-kurangnya dua sumber asas bahan yang berbeza.”

  1. Murid menghasilkan reka bentuk beg secara digital.
  2. Murid boleh :
  3. a) melukis menggunakan Apple Pencil.
  4. b) menggunakan Shapes.
  5. c) menggunakan Apple Intelligence.

AKTIVITI 5 — EVALUATE

(7 minit)

“Pakar Sumber Asas Bahan”.

Aplikasi : Keynote.

  1. Guru menyediakan 5 soalan objektif dan 5 soalan subjektif untuk menguji kefahaman murid.
  2. Murid menjawab secara individu menggunakan iPad.

Pentaksiran :

8-10 betul —— Menguasai.

5-7 betul —— sedang menguasai.

AKTIVITI 6 — REFLEKSI

(3 minit)

“Exit Ticket”.

Aplikasi : Keynote. (Game)

1.Murid melihat sedikit video/penerangan tentang kisah di dalam game tersebut, murid memilih 3 objek yang dapat membantu mereka meneruskan pengembaraan mereka.

2.Murid menjawab soalan dan menyelesaikan masalah yang diberi. Jika murid ditimpa masalah, murid boleh menggunakan objek yang mereka pilih tadi untuk meneruskan pengembaraan, itupun jika objek yang mereka pilih itu sama dengan situasi itu, jika tidak murid perlu ulang semula.

3.Jika murid telah berjaya, murid memberitahu kelas:

a) Satu perkara baru yang mereka belajar pada hari ini .

b) Satu perkara yang menarik dan mereka ingin buat lagi.

c) Satu soalan yang ingin mereka tanya tentang topik pada hari ini.



Attachments

Attachments

Attachments

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.