Deskripsi:
Aktiviti ini memberi peluang kepada murid meneroka motif, idea dan konsep dalam seni visual melalui pemerhatian terhadap persekitaran mereka sendiri. Menggunakan aplikasi Camera pada iPad, murid merakam imej objek, corak dan bentuk yang terdapat di sekeliling mereka sebagai sumber inspirasi. Berdasarkan pemerhatian tersebut, murid mengenal pasti elemen visual yang berpotensi dijadikan motif sebelum mentransformasikannya kepada reka corak batik digital menggunakan Keynote.
Melalui proses ini, murid bukan sahaja memahami hubungan antara motif, idea dan konsep dalam penghasilan karya seni, malah mengembangkan kreativiti, kemahiran pemerhatian dan ekspresi visual melalui teknologi digital.
Subjek:
Pendidikan Seni Visual
Tahap:
Tingkatan 1 (Menengah Rendah)
Topik:
Bab 16: Motif, Idea dan Konsep
Area Fokus:
Penerokaan Visual dan Ekspresi Kreatif
Elemen Merentas Kurikulum:
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
- Kreativiti dan Inovasi
- Kelestarian Alam Sekitar
- Kemahiran Komunikasi
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir aktiviti, murid dapat:
- Mengenal pasti motif, idea dan konsep berdasarkan pemerhatian terhadap persekitaran.
- Menukarkan elemen visual daripada imej yang dirakam kepada motif asal.
- Menghasilkan satu reka corak batik digital berdasarkan motif yang dibangunkan.
Aliran Pembelajaran
Meneroka: Kenali Motif
Murid meneroka empat kategori sumber inspirasi motif iaitu flora, fauna, geometri dan kosmos. Mereka mengenal pasti ciri visual yang terdapat pada setiap kategori serta memahami bagaimana unsur-unsur tersebut boleh dijadikan inspirasi dalam penghasilan motif batik.
Meneroka: Mencari Inspirasi
Menggunakan aplikasi Camera, murid merakam objek atau corak yang menarik perhatian mereka di persekitaran sekolah. Murid kemudian mengenal pasti kategori motif yang berkaitan serta elemen visual yang boleh dieksplorasi.
Menganalisis: Mengenal Pasti Motif
Murid menganalisis imej yang dipilih dengan memberi tumpuan kepada bentuk, garisan, corak berulang dan struktur unik. Berdasarkan pemerhatian tersebut, murid mula membangunkan idea awal bagi motif batik mereka.
Menghasilkan: Lakaran Motif
Menggunakan Apple Pencil dan Freeform, murid menghasilkan lakaran awal motif berdasarkan inspirasi yang diperoleh daripada foto yang dirakam.
Menghasilkan: Membina Motif Batik Digital
Murid menggunakan Keynote untuk menukarkan lakaran kepada motif digital. Mereka meneroka penggunaan warna, keseimbangan, susunan dan pengulangan bagi menghasilkan identiti motif yang tersendiri.
Menghasilkan: Menghasilkan Corak Batik
Motif digital yang dibangunkan digandakan dan disusun untuk menghasilkan satu reka corak batik yang lengkap.
Berkongsi dan refleksi
Murid merakam refleksi menggunakan aplikasi Camera dan berkongsi proses kreatif mereka dengan menjelaskan sumber inspirasi, motif yang dipilih serta pembelajaran yang diperoleh berkaitan motif, idea dan konsep.
Kreativiti dengan Apple
Camera
Murid merakam objek dan corak di sekeliling mereka sebagai sumber inspirasi untuk menghasilkan motif batik.
Freeform
Murid melakar dan mengembangkan idea awal motif secara digital menggunakan Apple Pencil.
Keynote
Murid menghasilkan motif digital dan membina reka corak batik melalui penggunaan bentuk, warna dan pengulangan.
Pages
Murid mendokumentasikan keseluruhan proses pembelajaran, daripada pemerhatian awal sehingga refleksi akhir dalam buku aktiviti interaktif.
Impak Pembelajaran
Murid beralih daripada hanya melihat dan mengenali motif kepada menghasilkan motif mereka sendiri berdasarkan pemerhatian terhadap persekitaran. Mereka belajar bahawa inspirasi seni boleh ditemui dalam objek harian dan seterusnya ditransformasikan kepada karya yang mempunyai identiti dan makna tersendiri.
Aktiviti ini meningkatkan kreativiti, kemahiran pemerhatian dan keyakinan murid dalam menghasilkan karya seni digital yang asli.
Refleksi Guru
Motif menjadi lebih bermakna apabila murid diberi peluang untuk menemuinya sendiri.
Daripada hanya mempelajari motif yang terdapat dalam buku teks, murid meneroka persekitaran mereka, mengenal pasti sumber inspirasi dan menghasilkan karya yang mencerminkan idea serta kreativiti mereka sendiri.
Dengan iPad, murid bukan sekadar mempelajari seni batik.
Mereka mencipta dan menzahirkan identiti mereka melalui seni.



Attach up to 5 files which will be available for other members to download.