Penerangan :
Modul ini mengintegrasikan teknologi ekosistem Apple (iPad) untuk memvisualisasikan pengekstrakan minyak sawit. Murid meneroka struktur buah sawit melalui Augmented Reality (AR), mendokumentasikan amali makmal secara kreatif melalui teknik Pop Art, dan menghasilkan media pembentangan digital
Mata Pelajaran : Sains
Tingkatan : Lima
Tema : Kimia Industri
Topik : Bab 5: Kimia Pengguna dan Industri (Subtopik: 5.5 Minyak Sawit)
Fokus Pembelajaran :
Standard Kandungan (SK): 5.5 Minyak Sawit
Standard Pembelajaran (SP):
5.5.1 Memerihalkan struktur buah sawit.
5.5.2 Mengenal pasti aspek kuantiti minyak daripada sabut dan isirung.
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran, murid dalam kumpulan (maksimum 4 orang) dapat:
- Melabel 4 struktur utama buah sawit (eksokarp, mesokarp, endokarp, isirung) berdasarkan model AR dengan tepat.
- Membandingkan aspek kuantiti dan ciri fizikal minyak daripada sabut (mesokarp) dan isirung (kernel).
- Menyusun dan menerangkan 6 fasa pengilangan minyak sawit (daripada rajah rujukan mengikut urutan yang betul.
Aktiviti Pembelajaran :
Untuk fasa amali makmal, murid menjalankan eksperimen ringkas (merebus buah, melenyek sabut, dan menapis minyak menggunakan kain kasa) sebagai analogi proses industri.
Aktiviti 1: Dokumentasi Amali & Carta Alir "Pop Art" (20 Minit)
- Aplikasi: Camera & Photos (Mark up/Pop Art)
- Bahan Rujukan : Buku teks
Aktiviti Guru:
- Guru mengarahkan murid menjalankan eksperimen pengekstrakan ringkas di dalam makmal.
- Guru meminta murid mendokumentasikan setiap langkah menggunakan iPad tetapi dalam bentuk kreatif (gaya komik/Pop Art).
Aktiviti Murid:
- Semasa amali, murid menggunakan aplikasi Camera untuk menangkap gambar langkah eksperimen (contoh: gambar merebus buah untuk fasa Pensterilan).
- Murid membuka gambar di aplikasi Photos, menggunakan ciri Edit dan penapis (Filters seperti Dramatic atau Comic) untuk memberi kesan Pop Art.
- Murid menggunakan alat Markup (tulisan tangan) dalam Photos untuk melabelkan gambar amali mereka mengikut fasa industri.
Aktiviti 2: Penerbitan Video Industri "Jurutera Muda" (25 Minit)
- Aplikasi: iMovie
- Aktiviti Guru:
- Guru memberikan tugasan kepada murid untuk bertindak sebagai wakil kilang sawit yang perlu membentangkan bagaimana minyak sawit diproses secara komersial berasaskan data makmal mereka.
Aktiviti Murid:
- Murid mengumpulkan semua gambar Pop Art daripada Aktiviti 1 dan mengimportnya ke dalam iMovie.
- Murid menyusun gambar mengikut aliran: Pensterilan - Penanggalan - Pencernaan - Pengekstrakan - Penurasan - Penulenan.
- Murid merakam suara (Voiceover) secara terus di dalam iMovie (durasi 1-3 minit) untuk menerangkan fungsi setiap fasa (contoh : "Dalam fasa penulenan, stim digunakan untuk menyingkirkan bau").
- Setiap kumpulan membuat pembentangan dengan memainkan video iMovie mereka di hadapan kelas.
Aktiviti 3: Pengukuhan AR & Sintesis Kuantiti Minyak (15 Minit)
- Aplikasi: Reality Composer (Disediakan Guru) & Freeform
- Aktiviti Guru:
- Guru menyediakan fail AR menggunakan Reality Composer yang mengandungi model 3D keratan rentas buah sawit interaktif (apabila ditik, ia menunjukkan peratusan kuantiti minyak).
- Guru mengedarkan pautan kanvas Freeform kosong kepada setiap kumpulan untuk aktiviti pengukuhan.
Aktiviti Murid:
- Murid membuka fail Reality Composer yang diberikan oleh guru. Mereka meletakkan model 3D buah sawit tersebut di atas meja makmal melalui kamera iPad (Augmented Reality).
- Murid meneroka bahagian dalam buah (SP 5.5.1) dan melihat data kuantiti minyak (SP 5.5.2) melalui nota interaktif dalam AR.
- Murid beralih ke aplikasi Freeform untuk melakukan sintesis: Mereka meletakkan Sticky Notes untuk menjawab:
- Kenapa kuantiti minyak sabut (mesokarp) lebih banyak daripada isirung?
- Apakah perbezaan warna minyak yang terhasil daripada kedua-dua bahagian tersebut berdasarkan eksperimen dan rujukan AR?
Video : Bahagian - bahagian buah kelapa sawit (Reality Composer)
Penutup
- Aktiviti Guru:
- Guru memaparkan semula AR untuk membuat rumusan akhir dan menyemak kefahaman murid tentang kepentingan mengekalkan kualiti minyak semasa fasa penulenan.
- Guru memberikan pujian atas kreativiti video iMovie murid.
- Aktiviti Murid:
- Murid melakukan refleksi kendiri secara digital. Mereka mengambil tangkapan skrin (screenshot) hasil kerja terbaik daripada Freeform atau iMovie dan memuat naik ke dalam folder pautan tugasan kelas

Attach up to 5 files which will be available for other members to download.