Membawa Dimensi Pendidikan Seni Visual ke Alam Maya : Pembelajaran Bentuk Konkrit, Menghidupkan Bentuk Ilusi menerusi Reality Composer (RC)

Eksplorasi Bentuk 3D Augmented Reality (AR) melalui Transformasi Pendidikan Seni Visual dengan menggunakan teknik lipatan Origami ke dalam Reality Composer (RC)

Bagaimanakah Kita Boleh Membantu pelajar memahami Bentuk 3D Tanpa Terus Menjelaskan Konsep Jisim dan Ruang? (Seni Visual Tingkatan 1 x Reality Composer)

Dalam lesson design ini, saya menggunakan Reality Composer (RC) untuk membawa murid Tingkatan 1 meneroka Tajuk 4: Bentuk melalui sebuah Misi Transformasi Digital: Dari Origami Kertas ke Ruang Maya AR.

Pengajaran bermula apabila guru menunjukkan sehelai kertas yang dipotong secara segiempat dilipat untuk menjadi seekor burung (paper crane), lalu guru menanya soalan pencetus idea:

“Kertas ini adalah rata, tetapi selepas dilipat, kertas ini menjadi Bentuk Burung. Bolehkah kita membawa bentuk origami ini ke dalam ruang Bilik  Seni kita secara digital? Jom kita buka Reality Composer dan siasat bagaimana bentuk ilusi terbentuk!”

Aktiviti Pembelajaran: Misi Transformasi Bentuk AR (Origami ke Reality Composer)

  • Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Visual (PSV)
  • Peringkat: Menengah Rendah (Tingkatan 1)
  • Tajuk / Sub-topik: Tajuk 4: Bentuk (Bentuk Ilusi vs Bentuk Konkrit )
  • Tempoh: 60 Minit
  • Model Pembelajaran: 5E (Engage, Explore, Explain, Elaborate, Evaluate)

Objektif Pembelajaran

Dalam pelajaran ini, murid-murid akan:

  1. Membezakan antara Bentuk Ilusi dan Bentuk Konkrit melalui pemerhatian model origami 3D dan 2D dalam AR.
  2. Mengubah suai satu scene AR dalam Reality Composer untuk mempersembahkan karya origami digital mereka sendiri.
  3. Menyatakan sekurang-kurangnya satu kepentingan memulihara dan menghargai seni wujud dalam ruang fizikal serta maya.
 

Aktiviti Pembelajaran Mengikut Model 5E

1. Engage — Misteri Kertas Rata vs Origami 3D (7 minit)

  • Guru menunjukkan sehelai kertas lukisan rata dan sebuah origami burung kertas (crane).
  • Murid memberikan respons awal menggunakan rutin See-Think-Wonder:
  • Saya lihat… (See)
  • Saya fikir… (Think)
  • Saya tertanya-tanya… (Wonder)
  • Guru memulakan cabaran dengan memasukkan model origami ke dalam aplikasi Reality Composer pada iPad.
  • Bukti Pembelajaran: Catatan pemerhatian awal dan soalan pencetus daripada murid.

 

2. Explore — Meneroka Bentuk Ilusi & Konkrit dalam AR (18 minit)

  • Murid meneroka scene AR yang mengandungi pelbagai peringkat origami (daripada lipatan dasar 2D hingga menjadi bentuk 3D lengkap).
  • Pada setiap model, murid:
  • Memerhati sifat fizikal, struktur lipatan, dan bayang-bayang objek.
  • Mengetik (tap) pada model origami AR untuk membuka Kad Soalan Interaktif.
  • Bergerak mengelilingi objek 3D untuk melihat perbezaan dari sudut pencahayaan dan ruang.
  • Bukti Pembelajaran: Catatan perbandingan antara bentuk lukisan (ilusi) dan model AR 3D (konkrit/maya).

  

3. Explain — Mengupas Sifat Bentuk (10 minit)

  • Kumpulan murid memilih dua model (contoh: Lukisan Origami 2D vs Origami AR 3D) untuk diterangkan menggunakan rangka ayat:
“Kami fikir objek ini adalah Bentuk [Ilusi / Konkrit] kerana kami nampak…”
  • Guru menyemak pemahaman murid dengan menghubungkan istilah seni seperti jisim, ruang sebenar, dan ilusi kedalaman.
  • Bukti Pembelajaran: Penerangan lisan dan dapatan refleksi kumpulan.

4. Elaborate — Membina Galeri Origami AR Sendiri (15 minit)

  • Setiap kumpulan membuka templat Reality Composer yang disediakan guru.
  • Murid mengubah suai scene dengan:
  • Susunan 3 hingga 4 model origami digital (pilih skala, kedudukan, dan putaran).
  • Memeriksa visual secara maya dalam persekitaran sebenar bilik darjah.
  • Bukti Pembelajaran: Satu scene AR Galeri Origami 3D yang berinteraktif.

5. Evaluate — Pameran Maya & Tiket Keluar (10 minit)

  • Murid membuat Gallery Walk AR selama 45 saat secara berpasangan.
  • Rakan memberikan maklum balas:
  • Satu perkara yang jelas tentang bentuk objek tersebut.
  • Satu cadangan penambahbaikan dari sudut pencahayaan/susunan AR.
  • Murid melengkapkan Tiket Keluar:
  1. Apakah perbezaan utama antara Bentuk Ilusi dan Bentuk Konkrit?
  2. Bagaimanakah pencahayaan membantu kita melihat sesuatu bentuk dalam AR?
  • Bukti Pembelajaran: Persembahan AR, penilaian rakan sebayang, dan Tiket Keluar individu.

Soalan Perancah (Scaffold Questions)

  • Gubahan Origami 3D (Burung Kertas / Paper Crane)
  • Apakah yang berlaku pada ruang di dalam origami apabila kertas ini dilipat?
  • Apabila anda menyuluh cahaya pada model AR ini, di manakah bayang-bayang terbentuk?
  • Mengapa kita boleh melihat bentuk 3D ini dari sudut belakang, tetapi tidak pada gambar lukisan?
  • Lipatan Dasar Kertas (3D)
  • Adakah lipatan pada permukaan kertas rata ini sudah dianggap sebagai Bentuk Konkrit? Mengapa?
  • Apakah elemen yang perlu ditambah pada lukisan kertas ini supaya ia kelihatan cembung atau cekung?

Mengapa Pendekatan Ini Berkesan?

Pelajaran ini membuktikan bahawa topik asas seni seperti Bentuk tidak perlu diajar secara teori semata-mata. Melalui gabungan Seni Origami dan Technology Reality Composer (AR):

  1. Murid dapat mentafsirkan transformasi geometri secara visual dan spatial.
  2. Elemen interaktif (Behavior & Tap) dalam Reality Composer memberi pengalaman hands-on digital yang menyeronokkan.
  3. Murid membina literasi digital serentak dengan apresiasi seni visual.

Closing Reflection

"Pendidikan Seni Visual bukan sekadar memegang berus atau meneladani lukisan di atas kertas. Melalui integrasi AR, murid diajak meneroka dimensi baharu, memanipulasi ruang, dan memahami bagaimana bentuk memberi kehidupan kepada sesebuah karya."

Pernahkah anda menggunakan aplikasi AR seperti Reality Composer dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual? Bagaimanakah anda membantu murid memvisualisasikan elemen seni 3D di dalam bilik darjah?

Sekian, Terima Kasih

#AppleInEducation #RealityComposer #PendidikanSeniVisual #iPadInEducation #AugmentedReality #PSVTingkatan1

 

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.