Dalam pengajaran topik Respirasi Manusia, saya telah menghasilkan sebuah video menggunakan Keynote untuk membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas dan menarik.
Video ini memaparkan:
🔹 Struktur Sistem Pernafasan Manusia
Murid diperkenalkan kepada struktur utama sistem pernafasan seperti rongga hidung, trakea, bronkus, bronkiol dan alveolus melalui ilustrasi serta animasi yang membantu mereka mengenal pasti susunan organ dengan lebih mudah.Â
🔹 Perkaitan Struktur Sistem Pernafasan dengan Model Sistem Pernafasan
Video turut menunjukkan hubungan antara struktur sebenar sistem pernafasan manusia dengan model sistem pernafasan yang biasa digunakan dalam aktiviti amali. Murid dapat menghubungkaitkan fungsi diafragma, sangkar rusuk dan paru-paru dengan komponen dalam model tersebut, sekali gus meningkatkan pemahaman konseptual mereka.
Â
🔹 Animasi Mekanisme Tarik Nafas dan Hembus Nafas
Melalui animasi yang dibangunkan dalam Keynote, murid dapat memerhati perubahan kedudukan diafragma, pergerakan sangkar rusuk serta perubahan isipadu dan tekanan udara dalam paru-paru semasa proses inspirasi dan ekspirasi. Visualisasi ini membantu murid memahami mekanisme pernafasan yang sukar dilihat secara langsung.
Â
Subjek
Sains
Level
Form 3 ( Ages 13-14)
Topik
sistem respirasi
Standart pembelajaran
2.1.1 Melakar dan melabelkan struktur dalam
sistem respirasi manusia serta memerihalkan
mekanisme pernafasan.
Â

Attach up to 5 files which will be available for other members to download.