Pelajari Arus Elektrik lebih mudah

Bagaimanakah murid dapat memahami konsep mikroskopik pengaliran cas dan penghasilan arus elektrik dengan cara yang lebih visual, interaktif dan bermakna?

Dalam pembelajaran Fizik Tingkatan 5 ini, murid meneroka topik Elektrik melalui pengalaman persembahan interaktif menggunakan iPad. Murid bukan sahaja mempelajari definisi arus elektrik, beza keupayaan dan pengaliran cas, tetapi juga melihat bagaimana konsep abstrak ini boleh dikaitkan dengan sistem bekalan dan litar elektrik dalam kehidupan seharian serta industri.

Melalui Keynote, murid membina simulasi litar dan jana kuasa elektrik secara digital yang mengandungi komponen seperti sumber kuasa (sel kering/penjana), ammeter, voltmeter, perintang, dan komponen keselamatan seperti fius. Dengan menggunakan ciri tulisan tangan digital, bentuk (shapes), serta fungsi animasi seperti Magic Move, murid memvisualisasikan pergerakan elektron (cas) dalam konduktor secara dinamik. Seterusnya, murid menghasilkan video penerangan menggunakan keynote  (melalui rakaman skrin atau eksport video Keynote) untuk menerangkan mekanik pengaliran cas dan hubung kait antara pemboleh ubah elektrik tersebut secara kreatif.


Aktiviti ini membantu murid menghubungkan konsep abstrak dalam buku teks dengan aplikasi dunia sebenar melalui visualisasi, penerokaan dan penceritaan digital.

 

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.