Topik Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif bagi murid tingkatan 2 amat mencabar murid bagi subtopik 1.1 Pengenalpastian Masalah. Murid sukar memahami maksud bagi inventif. Ini disebabkan perkataan "inventif" sememangnya dikategorikan sebagai perkataan aras tinggi dan agak abstrak untuk kebanyakan murid, terutamanya di peringkat menengah rendah.
Fokus utama bab ini adalah mengenalpasti masalah dan menguasai Tahap Penguasaan 1 (TP1) dalam PBD RBT Tingkatan 2 Bab 1, murid perlu menyatakan maksud masalah bukan inventif dan inventif dengan membuat hubung kait antara produk dengan objek dari segi fungsinya.
Objektif pembelajaran :
1.0 Pengenalpastian Masalah : Mengenalpasti masalah
Pada Akhir Pembelajaran Murid boleh:
1.1.1 Mengenal pasti masalah:
a) bukan inventif
b) inventif
1.1.2 Menerangkan proses penyelesaian masalahbukan inventif dan inventif.
Aktiviti :
murid perlu memberikan contoh situasi masalah inventif atau masalah bukan inventif.


Attach up to 5 files which will be available for other members to download.