Menghayati Konsep Makanan Halal dan Tidak Halal

Deskripsi

Aktiviti ini membantu murid memahami maksud makanan halal dan makanan tidak halal melalui pembelajaran berasaskan visual menggunakan Shape dalam aplikasi Apple Keynote. Murid meneroka simbol, ikon dan bentuk asas untuk membina nota visual yang mudah difahami serta menghubungkaitkan konsep halal dan tidak halal dalam kehidupan seharian.


Subjek: Pendidikan Islam

Tahap: Tingkatan 1

Bidang: Al-Quran

Topik: Makanan Halal dan Tidak halal

Standard Kandungan

1.9 Memahami konsep makanan halal dan tidak halal.

Standard Pembelajaran

1.9.4 Menjelaskan maksud makanan halal dan makanan tidak halal.


Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

  1. Menjelaskan maksud makanan halal
  2. Menjelaskan maksud makanan tidak halal.
  3. Menghasilkan nota visual menggunakan Shape dalam Keynote.
  4. Mengelaskan contoh makanan kepada kategori halal atau tidak halal menggunakan ikon dan animasi.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
  • Kreativiti dan Inovasi
  • Nilai Murni
  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Aktiviti 1: Tayangan Video Animasi Pendek

Guru menayangkan video pendek berdurasi 2–3 minit yang memaparkan penerangan tentang maksud makanan halal dan makanan tidak halal, disertai contoh-contoh haiwan yang halal dan tidak halal dimakan menurut syariat Islam.

Kandungan video:

  • Maksud makanan halal.
  • Maksud makanan tidak halal.
  • Contoh haiwan yang halal dimakan seperti ayam, lembu, kambing, ikan, rusa dan arnab.
  • Kepentingan memilih makanan yang halal dan baik (halalan tayyiban) dalam kehidupan seorang Muslim.

 


Aktiviti 2: Eksplorasi Shapes dalam Keynote

Guru menunjukkan cara menggunakan Shape dalam Apple Keynote.

Murid mempelajari cara

  • Menambah Shape
  • Mengubah warna Shape
  • Menggabungkan beberapa Shape
  • Menambah Label
  • Menyusun objek
  • Menggunakan ikon daripada kategori Education dan Symbols


Aktiviti 3: Mengelaskan Haiwan Menggunakan Shape dalam Keynote

Guru menyediakan satu slaid Apple Keynote yang mengandungi dua kotak berlabel “HALAL” dan “Tidak Halal”, serta beberapa simbol (Shapes) berbentuk ikon haiwan yang diletakkan di bahagian tengah slaid.

Setiap murid menggunakan aplikasi Apple Keynote untuk menyeret (drag and drop) simbol haiwan ke dalam kotak yang betul berdasarkan hukum memakannya menurut syariat Islam.

Contoh simbol Shape yang digunakan:

  • 🐄 Lembu
  • 🐔 Ayam
  • 🐐 Kambing
  • 🐇 Arnab
  • 🐕 kucing

 

Pengelasan haiwan yang halal dan tidak halal menggunakan shapes dalam aplikasi Keynote
aplikasi Keynote


Refleksi

Melalui aktiviti ini, murid bukan sahaja menghafal definisi makanan halal dan tidak halal,malah membina kefahaman melalui penerokaan visual. Penggunaan Shape dalam Apple Keynote menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, interaktif dan mudah diingati. Aktiviti ini juga menggalakkan komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan pemikiran kritis selaras dengan pendekatan Create to Learn yang diketengahkan oleh Apple Education.





 

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.