Menghidupkan Sejarah Kerajaan Ummaiyah dengan shape dalam keynote.

Deskripsi :

Aktiviti ini membantu murid memahami dan mengingati sumbangan empat tokoh Kerajaan Ummaiyah melalui pembelajaran berasaskan visual. Murid menghasilkan nota bergambar menggunakan shape yang tersedia dalam aplikasi Apple Keynote. Dengan menggabungkan bentuk asas, murid dapat membina peta minda visual yang lebih mudah diingati berbanding nota teks semata-mata.

Subjek : Pendidikan Islam

Tahap : Tingkatan 4 (Menengah Atas)

Tema : Sirah dan Tamadun Islam

Topik : Kerajaan Ummaiyah

Standard Kandungan : 5.11 Merumus kefahaman terhadap pemerintahan Kerajaan Ummaiyah dan mengamalkan iktibar daripadanya secara beradab dan Istiqamah.

Standard Pembelajaran : 5.11.2 Menjelaskan khalifah yang terkenal pada zaman Kerajaan Ummaiyah.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat ;

  1. Menyatakan sekurang-kurangnya dua sumbangan bagi setiap tokoh Kerajaan Ummaiyah
  2. Menghasilkan nota bergambar menggunakan shape dalam keynote
  3. Menghubungkait simbol visual dengan fakta sejarah menggunakan animasi padanan.

Elemen Merentas Kurikulum

  1. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  2. Kreativiti dan Inovasi
  3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Aktiviti

1.Set Induksi

Guru memperkenalkan empat tokoh utama Kerajaan Ummaiyah beserta sumbangan melalui peta kedudukan Damsyik sebagai tempat pemerintahan kerajaan Ummaiyah. 

Damsyik,Syria
Pusat Pemerintahan Islam berpindah dari Madinah ke Damsyik pada Zaman Kerajaan Ummaiyah

2.Aktiviti Eksplorasi Shape

Guru menunjukkan contoh penggunaan shape untuk memudahkan mengingati sumbangan tokoh.

Contoh penggunaan shape

Murid meneroka shape dalam Keynote dan mempelajari fungsi asas seperti menambah shape, mengubah saiz, menyusun objek dan menggabungkan beberapa shape menjadi satu ikon

 

Murid meneroka shape

3.Aktiviti membina nota bergambar

Murid membina infografik menggunakan shape dalam Keynote, setiap tokoh perlu mempunyai dua ikon yang mewakili sumbangan mereka

Murid menambah label ringkas di bawah setiap ikon. 

Murid membentangkan hasil kerja

Shape and label

4.Penilaian menggunakan Animate : create path

Murid diminta untuk meletakkan shape pada tapak yang disediakan menggunakan Animate create path. 

Murid menyelesaikan soalan menggunakan create path animate

5.Refleksi

Melalui aktiviti ini, murid bukan sekadar menghafal fakta tetapi membina pengetahuan melalui proses mereka bentuk, melukis dan menerangkan. Penggunaan shape dalam Keynote menjadikan pembelajaran lebih bermakna, menyeronokkan dan membantu murid mengingati fakta sejarah dengan lebih mudah dan berkesan. Aktiviti ini turut menggalakkan kreativiti serta sejajar dengan pendekatan Create to Learn yang diketengahkan oleh Apple Education.

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.