Seni Menyeimbangkan Persamaan Kimia

Pengenalan

Persamaan kimia mewakili tindak balas kimia. Persamaan kimia yang seimbang menunjukkan bahawa bilangan atom bagi setiap unsur adalah sama pada kedua-dua belah persamaan. Keadaan ini mematuhi Hukum Keabadian Jisim, yang menyatakan bahawa jirim tidak boleh dicipta atau dimusnahkan semasa sesuatu tindak balas kimia berlaku.


Aplikasi

  • Keynote
  • Pages


Subjek

Kimia Tingkatan 4


Umur

16-17 Tahun


Standard Kandungan

3.4 Persamaan Kimia


Standard Pembelajaran

3.4.1 Menulis persamaan kimia yang seimbang.


Objektif

  1. Murid dapat menulis sekurang- kurangnya 2 persamaan kimia yang seimbang dengan betul.


Aktiviti

  • Guru menggunakan Keynote untuk menerangkan bagaimana sesuatu persamaan kimia itu diseimbangkan. (Guru juga boleh menggunakan idea pada Keynote tersebut untuk menerangkan contoh-contoh yang lain)

 

Seimbangkan Persamaan Kimia dengan menggunakan Keynote
Seimbangkan Persamaan Kimia menggunakan Keynote

 


  • Murid mengaplikasikan pengetahuan tersebut dengan melakukan aktiviti di Pages.
  • Beberapa soalan dengan aras berbeza disediakan untuk menguji tahap penguasaan murid.
  • Rujuk video dibawah tentang cara penggunaan templat Latihan Persamaan Kimia.

 


  • Murid boleh membentangkan hasil dapatan mereka di hadapan kelas dengan menggunakan Pages.
  • Guru boleh menambah soalan-soalan lain dengan menggunakan templat yang disediakan sebagai latihan pengukuhan.


Idea Pentaksiran

  • Guru boleh mentaksir hasil kerja murid melalui aplikasi Pages.
  • Guru boleh menyemak secara terus dan menanda hasil kerja murid.


Refleksi

Penyeimbangan persamaan kimia memastikan bahawa Hukum Keabadian Jisim dipatuhi. Dengan menggunakan pekali yang betul, bilangan atom bagi setiap unsur pada kedua-dua belah persamaan dapat disamakan. Oleh itu, jumlah atom sebelum dan selepas tindak balas adalah sama, selaras dengan prinsip bahawa jirim tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.


 

Attachments

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.