Reimagining Cursive Writting (Tulisan Berangkai) with iPad & Apple Pencil

This lesson design focuses on cursive writing (Tulisan Berangkai), a simple-looking skill that can be challenging for students because it is rarely used in everyday writing. Using iPad and Apple Pencil makes practice more interactive and enjoyable, allowing students to easily erase, correct, and experiment with different pencil sizes and styles.

The lesson is also language-friendly and adaptable. Teachers can edit the content to suit any language, making this lesson design flexible and reusable across different language classrooms and learning contexts.

Reka bentuk pembelajaran ini menggunakan Model Instruksional 5E, iaitu Engage, Explore, Explain, Elaborate dan Evaluate. Setiap fasa dirancang secara berperingkat bagi membimbing murid daripada penerokaan konsep tulisan berangkai, latihan dan pengaplikasian kemahiran, sehingga kepada penilaian dan refleksi pembelajaran.

Required Equipment

  • 📱 iPad – for accessing digital activities, video tutorials, Reality Composer, and Pages.
  • ✏️ Apple Pencil – for tracing, writing, and practising connected writing digitally.
  • Minimum requirement: 1 iPad + 1 Apple Pencil per student.


BAHASA MELAYU TAHUN 4

Standard Kandungan: 3.1 Asas Menulis

Standard Pembelajaran: 3.1.1 Menulis secara mekanis menggunakan tulisan berangkai dalam bentuk ayat.

Fasa 1: Engage – Let’s Decorate the Cake!

  • Murid menggunakan iPad dan Apple Pencil untuk meneroka aktiviti secara digital.
  • Murid ditunjukkan sebiji kek kosong dalam Pages.
  • Murid menggunakan fungsi drag and drop untuk meletakkan strawberi, lilin dan hiasan lain.
  • Murid boleh mengubah saiz dan warna hiasan serta perkataan “Selamat”, “Hari” dan “Jadi”.
  • Setelah selesai menghias, murid boleh menekan button speaker di bahagian bawah untuk memperdengarkan lagu "Happy Birthday to You"
Engage Activity


🟡 Fasa 2: Explore – Trace & Discover!

  • Murid menggunakan iPad dan Apple Pencil untuk menyurih huruf tulisan berangkai.
  • Murid menyurih huruf besar dan huruf kecil mengikut panduan yang diberikan.
  • Murid perlu memastikan bentuk, arah dan sambungan huruf ditulis dengan tepat.
  • Murid boleh menggunakan fungsi Undo dan Erase untuk membetulkan kesilapan.
  • Murid perlu melengkapkan tulisan dengan betul sebelum meneruskan ke fasa seterusnya. 

🔵 Fasa 3: Explain – Watch, Write & Check!

  • Murid menonton video tutorial guru yang menunjukkan cara menulis beberapa perkataan dalam tulisan berangkai.
  • Murid menyurih perkataan yang disediakan mengikut contoh.
  • Murid menulis perkataan secara mekanis pada garisan tiga dengan merujuk video tutorial.
  • Murid menulis semula perkataan dalam tulisan berangkai secara kendiri.
  • Pada setiap peringkat, murid meminta rakan sebelah menyemak dan menanda tulisan dengan drag (/) atau (X) pada tulisan sebelum meneruskan ke peringkat seterusnya.
  • Aktiviti ini menggalakkan pembelajaran rakan sebaya dan membantu murid mengenal pasti kesilapan serta memperbaiki tulisan.

👩🏻‍🏫 Dialog Guru

Guru: “Sekarang, tonton video cikgu dan perhatikan cara setiap perkataan ditulis.”

Guru: “Selepas itu, cuba surih perkataan yang diberikan. Kemudian, tulis sendiri pada garisan tiga.”

Guru: “Sebelum bergerak ke peringkat seterusnya, minta rakan sebelah semak tulisan kamu. Adakah bentuk huruf dan sambungannya betul?”

 


🏴‍☠️ Fasa 4: Elaborate – Treasure Hunt Adventure!

  • Murid meneroka dunia lanun secara Augmented Reality (AR) menggunakan Reality Composer.
  • Murid mencari dan menekan ketulan emas yang tersembunyi.
  • Emas yang mengandungi frasa akan memaparkan frasa berwarna.
  • Emas kosong pula akan mengeluarkan bunyi “Tet!” sebagai tanda jawapan tidak ditemui.
  • Murid mengumpulkan dan menyusun frasa mengikut warna untuk membentuk ayat yang betul.
  • Murid menulis ayat yang telah dibina dalam tulisan berangkai menggunakan Apple Pencil pada garisan yang disediakan.
  • Aktiviti ini menggabungkan AR, gamifikasi, penyelesaian masalah dan kemahiran menulis.

👩🏻‍🏫 Dialog Guru

Guru: “Ahoy, pirates! 🏴‍☠️ Harta karun sudah tersembunyi. Tetapi hati-hati, bukan semua emas mengandungi harta!”

Guru: “Tekan emas yang kamu jumpa. Jika keluar frasa, kumpulkan mengikut warna. Tetapi jika berbunyi ‘Tet!’, itu bermakna emas tersebut kosong. Cuba cari lagi!”

Guru: “Selepas berjaya mengumpulkan frasa, susun sehingga menjadi ayat yang betul. Kemudian, tulis ayat tersebut dalam tulisan berangkai menggunakan Apple Pencil.”

 

 


Hasil Kerja Murid

🟣 Fasa 5: Evaluate – Write, Capture & Share!

  • Murid membaca teks yang dipaparkan dengan teliti.
  • Murid menulis semula teks tersebut dalam buku tulis menggunakan tulisan berangkai.
  • Murid mengambil gambar hasil tulisan menggunakan iPad.
  • Murid memuat naik gambar melalui fungsi Add Photo dalam Pages pada kotak yang disediakan.
  • Hasil kerja murid dikumpulkan secara digital untuk semakan dan penilaian.

👩🏻‍🏫 Dialog Guru

Guru: “Sekarang, tibalah masa untuk menunjukkan apa yang telah kamu pelajari!”

Guru: “Baca teks yang diberikan dan tulis semula dalam buku menggunakan tulisan berangkai.”

Guru: “Selepas siap, ambil gambar hasil kerja kamu menggunakan iPad dan masukkan gambar tersebut ke dalam kotak yang disediakan dalam Pages.” 

Guru: “Pastikan tulisan kamu jelas dan lengkap sebelum dihantar. Good job, everyone!”

 

Melalui lesson ini, murid mempelajari tulisan berangkai secara berperingkat melalui lima fasa Engage, Explore, Explain, Elaborate dan Evaluate. Penggunaan iPad, Apple Pencil dan Reality Composer menjadikan pembelajaran lebih interaktif, kreatif dan menyeronokkan. Bermula dengan aktiviti menghias kek, murid meneroka bentuk huruf, berlatih menulis perkataan, membina ayat melalui aktiviti mencari harta karun AR, dan akhirnya menghasilkan tugasan tulisan berangkai secara kendiri. Pendekatan ini bukan sahaja membantu murid menguasai kemahiran menulis, tetapi turut memberi ruang untuk mereka meneroka, bekerjasama, mencipta dan belajar dengan lebih bermakna melalui teknologi. 

Attachments

Attachments

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.