Pembelajaran Simpulan bahasa menjadi lebih menarik apabila diterokai secara visual. Melalui aktiviti dengan aplikasi PAGES di iPad, murid menggunakan kreativiti dan teknologi untuk memahami maksud simpulan bahasa dalam konteks pembelajaran yang menyeronokkan.
Dengan tayangan video set induksi seperti di bawah ini, murid-murid dapat mempelajari Simpulan Bahasa "Cakar Ayam" secara visual dan audio yang menarik minat murid.
Standart Kandungan : 4.1 : Mengaplikasikan unsur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.
Standart Pembelajaran: 4.1.1 : Bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa.
Kriteria Kejayaan : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;
- Mencari maksud peribahasa
- Bercerita dengan menggunakan peribahasa
Aktiviti :
- Set induksi - Murid melibatkan video yang ditayangkan ada berkaitan Simpulan Bahasa.
- Guru mempamerkan beberapa perkataan untuk digabungkan oleh murid untuk dijadikan Simpulan Bahasa merujuk Buku Teks m/s. 5.
- Murid berbincang bersama rakan mereka untuk mencari maksud Simpulan Bahasa perkataan tersebut dan dibimbing oleh guru.
- Murid menghuraikan dan membina ayat berdasarkan perkataan Simpulan Bahasa yang diperolehi.
- Murid menghasilkan Komik/cerita menggunakan Simpulan Bahasa yang telah dipelajari dalam format ePub.
*Boleh rujuk Workbook di bawah untuk aktiviti melalui file PAGES yang telah disediakan.
Sebagai kesimpulan, penggunaan visual dan teknologi membantu murid memahami simpulan bahasa dengan lebih mudah dan bermakna. Aktiviti kreatif ini bukan sahaja meningkatkan penguasaan bahasa, malah menggalakkan penglibatan aktif, kreativiti serta pembelajaran yang menyeronokkan dalam bilik darjah.
Attach up to 5 files which will be available for other members to download.