“Ssss” kepada Perkataan KVK : Bacaan Lebih Interaktif !

📑 Lesson Plan

Subjek: Pemulihan Khas (Bahasa Melayu)

Kemahiran: KP 8 – Perkataan KVK

Standard Kandungan: 2.1 Asas membaca dan memahami

Objektif: Murid dapat menyebut dan membunyikan 5 perkataan KVK akhiran “-s”. (jus, tas, sos, bas, ros)


Murid diperkenalkan kepada perkataan KVK akhiran “-s” melalui aktiviti yang menggabungkan bunyi, visual, pergerakan dan bacaan.

Pembelajaran dimulakan dengan bunyi “ssss” daripada video ular sebelum murid meneroka dan membaca perkataan jus, tas, bas, sos dan ros.


🐍 Engage

Murid menonton video ular dan mengaitkan bunyi “ssss” dengan huruf dan bunyi akhir “-s”.



🧩 Explore

Murid mencantumkan gambar dan menamakan objek dalam Bahasa Melayu sebelum diperkenalkan kepada perkataan.


👄 Explain 

Murid mendengar sebutan sambil melihat pergerakan mulut Memoji, kemudian membaca secara individu, berpasangan dan bersama guru.  


🔎 Elaborate

Murid mencari petunjuk perkataan KVK di sekitar kelas dan melengkapkan “Kamus Mini KVK Saya”.  


🎯 Evaluate

Murid melengkapkan empat tugasan: membaca dan memadankan gambar, membaca mengikut spotlight video, mengisi tempat kosong dan melukis berdasarkan perkataan.  

💡 Reflection

Saya cuba menjadikan latihan membaca lebih daripada sekadar membaca perkataan berulang kali.

Dengan menggabungkan bunyi, visual, pergerakan dan aktiviti hands-on, murid mendapat peluang untuk berinteraksi dengan perkataan yang sama melalui cara yang berbeza.


💬 Jom Berkongsi

Bagaimana anda menjadikan aktiviti membaca perkataan KVK lebih menarik untuk murid anda?

Attachments

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.