Meneroka Perimeter dengan Pages dan Measure di iPad

1. Deskripsi

Buku kerja digital Perimeter dibina menggunakan aplikasi Pages di iPad. Buku kerja ini menggabungkan video penerangan dalam Bahasa Melayu, lakaran dan latihan untuk membantu murid memahami perimeter. Murid turut menggunakan aplikasi Measure untuk menghubungkan pengiraan perimeter dengan objek di sekeliling mereka.

2. Subjek

Matematik

3. Tajuk

Ruang

4. Topik

Perimeter

5. Area Fokus

  • Memahami perimeter sebagai jumlah panjang semua sisi yang mengelilingi sesuatu bentuk.
  • Mengenal pasti panjang sisi berdasarkan ukuran dan tanda sisi sama panjang.
  • Menghitung perimeter poligon.
  • Menggunakan ukuran objek sebenar untuk menghitung perimeter.

6. Elemen Merentas Kurikulum

  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Menggunakan Pages untuk pembelajaran dan Measure untuk aktiviti pengukuran.
  • Bahasa: Memahami penerangan dan istilah matematik dalam Bahasa Melayu.
  • Nilai Murni: Mengamalkan ketelitian semasa mengukur, merekod dan membuat pengiraan.

7. Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

  1. Menyatakan maksud perimeter.
  2. Menghitung perimeter poligon berdasarkan maklumat panjang sisi.
  3. Menggunakan Measure untuk mendapatkan anggaran ukuran buku latihan dan meja belajar.
  4. Menunjukkan pengiraan perimeter berdasarkan ukuran yang diperoleh.

8. Aliran Pembelajaran

Memahami konsep melalui video dan lakaran

Murid menonton video penerangan dalam Bahasa Melayu. Lakaran membantu murid memahami konsep perimeter serta mengenal pasti sisi yang perlu dijumlahkan.

 


Menghitung perimeter poligon — muka surat 3–5

Murid melengkapkan latihan menghitung perimeter bentuk yang diberikan. Murid menggunakan maklumat ukuran dan tanda sisi sama panjang untuk menentukan jumlah panjang semua sisi.

Mengukur objek dengan Measure — muka surat 6 dan 8

Murid menggunakan Measure di iPad untuk mendapatkan ukuran buku latihan dan meja belajar. Berdasarkan ukuran tersebut, murid menjumlahkan panjang semua sisi untuk mendapatkan anggaran perimeter. Contoh pengukuran dan pengiraan dalam workbook boleh dijadikan panduan.

   


Menyemak dan menerangkan jawapan

Guru membimbing murid menyemak ukuran serta pengiraan. Murid boleh menerangkan cara mereka menentukan perimeter dan membincangkan perbezaan bacaan ukuran yang diperoleh.

9. Penutup

Buku kerja ini membawa murid daripada memahami konsep melalui video dan lakaran kepada latihan pengiraan serta aktiviti pengukuran sebenar. Gabungan Pages dan Measure membantu murid melihat kegunaan perimeter melalui objek yang dekat dengan kehidupan mereka, seperti buku latihan dan meja belajar.

 

Attachments

0 replies

This post contains content from YouTube.

If you choose to view this content, YouTube may collect and process certain personal data. You can view YouTube’s <a href="https://www.youtube.com/t/privacy" target="_blank">privacy policy here<span class="a11y">(opens in new window)</span>.</a>

This post contains content from YouTube.

You have rejected content from YouTube. If you want to change your consent, press the button below.